Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2025 @ 6:28pm

Empty Page Kembali Dengan Single Terbaru ‘Menyesal’

Kumpulan pop rock alternatif Empty Page yang pernah mencuri perhatian dengan lagu Mata(hari), kembali menghangatkan tahun 2025 melalui single terbaru berjudul Menyesal.

Lagu ini ditulis oleh vokalis Zic dengan gubahan muzik oleh Zac, manakala Alip turut memberi sentuhan dalam proses rakaman bagi mengekalkan identiti bunyi Empty Page yang sering digambarkan sebagai “lagu sedih, tapi tak terlalu sedih.”

Single Menyesal mengangkat tema emosi yang lahir daripada sikap dan keputusan orang lain, sama ada pasangan, rakan mahupun keluarga. Liriknya menzahirkan rasa kecewa kerana terpaksa hidup dengan trauma yang bukan berpunca daripada pilihan sendiri. Dengan gabungan lirik introspektif Zic, melodi melankolik serta nuansa rock, lagu ini membawa aura nostalgia yang mudah melekat di hati pendengar.

Empty Page yang dianggotai Zic (penyanyi dan penulis lagu), Zac (gitaris dan penggubah muzik) serta Alip Pedul (dram) berjaya menghasilkan susunan muzik yang menyentuh emosi, namun tetap segar dan mudah dinyanyikan bersama.

Menurut Zic, Menyesal lahir daripada pengalamannya sendiri.

“Rasa kesal itu berat untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Kadang-kadang kita dipaksa menanggung beban pilihan orang lain. Mereka yang buat silap, tetapi kita pula yang menanggung akibatnya. Itu yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini,” jelasnya.

Selain pelancaran single, Empty Page turut bersedia menjayakan beberapa festival muzik terkemuka tahun ini. Antara pentas yang bakal menampilkan persembahan mereka termasuk Latihan Pesta Pora di Stadium Nasional Bukit Jalil, Hausboom Music Festival di MAEPS Serdang serta Aku Muzik Kamu Indie Festival di Litar Sepang. Lagu Menyesal bakal dipersembahkan secara langsung di acara-acara tersebut.

Mewakili kumpulan, Empty Page turut menitipkan pesanan buat pendengar.

“Lagu ini ditulis untuk mereka yang masih bergelut dengan trauma atau perasaan marah yang sukar dilepaskan. Kami berharap Menyesal dapat menjadi suara untuk apa yang tidak dapat diungkapkan. Terima kasih kepada semua peminat, Empty Fam, yang terus menyokong perjalanan muzik kami.”

Menyesal kini boleh didengarkan di semua platform digital termasuk Spotify dan Apple Music. Video muzik rasmi juga sudah dilancarkan di saluran YouTube Empty Page.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Featured Wed, 18 Dec 2024

Didie Alias Enggan Kenang Persahabatan Bersama Enot – “Dia Tak Ada Dalam Memori Hidup Saya”

Didie bagaimanapun enggan berbicara lanjut mengenai hubungannya itu.

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Rumah Kena Pecah Masuk, Nash Rancang Pasang CCTV

Saya bagaimanapun, bersyukur kerana ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah, malah tiada barangan berharga yang dilarikan.

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Kali Terakhir Saya Jumpa…” – Syafiq Yusof Harap Abang Tabah Hadapi Ujian Rumah Tangga

Semoga Syamsul menjumpai jalan yang terbaik buat rumah tangganya

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Bagusnya Akim, sanggup datang walaupun penat!

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak – Peguam

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini Dalam Ghosting

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni rapper baharu Indonesia, Ben Utomo. Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 […]

error: Content is protected !!