Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 29, 2021 @ 5:44am

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini Dalam Ghosting

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni rapper baharu Indonesia, Ben Utomo.

Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 yang lalu, menjelang akhir suku ketiga 2021, Ben sekali lagi bakal melancarkan single terbaru dengan tema romantik, berjudul Ghosting dengan menampilkan dua rakannya, Benny Fasak dan Si Pattra.

“Walaupun saya agak baru juga melancarkan album INDO KID, namun saya merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk melancarkan satu lagi single baru,” kata Ben membuka perbualan.

Bercakap mengenai tajuk lagu yang juga merupakan istilah yang kini semakin kerap digunakan dalam kehidupan seharian, Ben menjelaskan inspirasi untuk tema lagu ini sebenarnya adalah kisah cinta yang mungkin dialami oleh ramai orang.

“Ketika kita merasa selesa dengan seseorang, tetapi orang itu sebenarnya bukan sahaja memberikan harapan palsu, malah hilang begitu saja. Inilah intipati lagu Ghosting.

“Jika anda dengar, dalam bait pertama saya bercakap tentang hubungan mesra dengan seorang wanita, tetapi tiba-tiba dia menghilang. Semasa di bait kedua, saya pula yang menghilang.

“Saya yakin ini adalah sesuatu yang mungkin biasa dialami oleh ramai anak muda di masa kini. Saya harap pendengar akan dapat mengaitkan perspektif cerita yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini,” jelasnya.

Tidak sendirian, Ben bekerjasama dengan dua kolaborator, iaitu Benny Fasak dan Si Pattra, untuk membantunya menyampaikan naratif dengan lebih berkesan.

“Sebenarnya kedua-duanya adalah rakan saya. Pada masa itu, kami semua berada di rumah saya melepak bersama. Ketika melepak itulah lahirnya idea untuk membuat lagu bersama.”

“Produksi dilakukan ketika kami sedang melepak bersama. Kami berjaya mencipta lagu tersebut pada waktu itu. Dari proses penulisan hingga penyusunan lagu hanya memakan masa sekitar satu jam. Proses yang memakan masa hanya pada bahagian mixing dan mastering,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Fendy Bakri Akui Dah Pulih Tapi…

pakar perubatan alternatif menasihatkan saya agar selalu mengamalkan bacaan suci Al-Quran sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesakitan berulang.

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

Fattah Amin Dah Bertunang Dengan Amira Othman? Ini Jawapan Empunya Badan

Fattah Amin didakwa sudah bertunang dengan Amira Othman.

Featured Fri, 9 Feb 2024

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Hafidzah berpendapat, tidak wajar menuding jari kepada Marissa atau Aslam kerana kedua-duanya boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.🤧

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
error: Content is protected !!