Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2024 @ 4:32pm

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Kontroversi perkahwinan secara senyap mengaitkan Marissa Dania Hakim, 19, dan Ahmad Aslam, 25, mendapat perhatian bekas peguam yang pernah mewakili Siti Bainun iaitu, Nurul Hafidzah Hassan.

Katanya memetik laporan mStar, Marissa dan Aslam masih boleh menggunakan saluran lain termasuklah mendapatkan perintah mahkamah seandainya mahu bernikah di Malaysia.

Dan, sekiranya mahkamah bersetuju, wali hakim boleh menjadi saksi pernikahan berkenaan.

“Mereka boleh sahaja bernikah di Malaysia tanpa menggunakan bapa kandung sebagai wali, cuma perlu ke mahkamah dan dapatkan wali enggan.

“Bila ayah tak mahu nikahkan, pengantin perempuan boleh dapatkan wali hakim. Pihak mahkamah akan dapatkan wali hakim tersebut dan nikahkan. Jadi tidak perlu pergi ke Siam,” katanya.

Tegasnya lagi, ramai pasangan mengambil jalan mudah dengan bernikah di Siam atas  alasan tidak ada wali dek kerana mahu mempermudahkan perkahwinan.

Bagaimanapun, Hafidzah berkata, tindakan berkahwin dan berpoligami di luar negara tanpa kebenaran adalah kesalahn jenayah syariah dan boleh menyebabkan pasangan tersebut dihukum.

“Memang ada pendapat ulama mengatakan dua marhalah tidak payah bawa bapa bersama tapi sekarang di Malaysia bapanya ada tapi mereka melarikan diri.

“Sebenarnya orang kita sering menggunakan alasan tiada wali untuk berkahwin di Thailand.

“Namun, untuk berkahwin di luar negara mereka patut mendapat kebenaran konsulat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda sekurang-kurangnya RM1000 ATAU penjara 6 bulan ATAU kedua-duanya,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Hafidzah berpendapat, Marissa sudah cukup dewasa dan boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.

Justeru, adalah tidak wajar untuk menuding jari terhadap Aslam dengan alasan menjadi punca memujuk gadis itu berkahwin di Thailand.

Tambahnya lagi, isteri pertama juga boleh membantah suami berpoligami dengan sebab suami tidak berkemampuan dan tidak berlaku adil.

“Isteri pertama boleh mohon untuk bantah perkahwinan itu semasa suami failkan perkahwinan poligami di Malaysia, ketika itu isteri pertama akan dipanggil sebagai saksi.

“Kalau dulu memang perlukan kebenaran isteri sekarang tidak,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedap Orang Maki Hamun” – Akaun TikTok Palsu Pakai Nama Anak, Abby Abadi Mohon Netizen Jaga Tutur Kata

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Doa Orang Ramai – “Saya Tak Update Sebab Tak Ada Idea”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:Marissa & Aslam Kahwin 17 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

ARTIKEL BERKAITAN:Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

 

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

“Nak Ambil Semangat Dia Untuk AJL” – Wani Kayrie Akui Terpukau Lihat Persembahan Anggrek Bawa Lagu Cak Cak Cekuk

Wani mengakui persembahan Anggrek yang berusia sembilan tahun memberi inspirasi kepadanya untuk membawa semangat kanak-kanak itu ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40)

Featured Sat, 6 Jul 2024

Miss Universe Malaysia Tolak Penyertaan Beragama Islam

Peraturan baharu dalam Miss Universe Malaysia !

Featured Fri, 8 Aug 2025

Fauziah Sarman Bakal Nikah? Hantaran Shila Amzah Jadi Tumpuan – “Fokus Untuk Hari Bahagia Okay”

Shila dilihat memuat naik foto ibunya yang tersenyum manis beserta kapsyen.

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Bael0n Beri Nafas Baharu Lagu Amelina

Selebriti TikTok yang kini bergelar penyanyi, Bael0n kini tampil memberikan nafas baharu kepada lagu Rindu nyanyian asal Amelina dalam versi tersendiri. Menurutnya, dia sangat yakin pertaruhan itu cukup tepat untuknya memberi angina baharu kepada pendengar […]

error: Content is protected !!