Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal April 19, 2019 @ 12:58am

Ain Edruce Kini Tunangan Hafiz

Hampir setahun mengenali hati budi, pelakon Ain Edruce tidak menunggu lama untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz, 26.

Ain, 28, bagaimanapun menjelaskan foto yang dimuat naik di Instagram hari ini bukanlah majlis pertunangan sebaliknya hanyalah majlis merisik.

“Ramai salah faham, sebenarnya majlis yang diadakan di kediaman saya di Sentul semalam bukan majlis bertunang tetapi merisik.

“Bagaimanapun hasil perbincangan kedua belah keluarga, kami bersepakat untuk mengadakan majlis pertunangan pada Aidilfitri nanti. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Menurutnya, dia sudah lama mengimpikan untuk hidup berumah tangga memandangkan usianya sudah menjangkau 28 tahun.

“Saya sering bertanya kepada diri sendiri sama ada sudah bersedia untuk berkahwin atau tidak?.

“Bagi saya, selagi tidak diberi tanggungjawab ini saya tidak tahu. Lagipun berapa lama lagi saya nak hidup solo saja. Saya memang teringin nak ada keluarga dan zuriat.

“Walaupun Amirul muda dua tahun daripada saya, tapi saya yakin dia mampu menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia matang dan serius dalam setiap perkara dilakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ain memberitahu, keluarga kedua belah pihak memberi keizinan untuk mereka menentukan tarikh pernikahan

“Kami merancang untuk bernikah tahun depan dan selewat-lewatnya sebelum Februari,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Kris Wu: Glad to Have Left EXO but No Regrets Joining

He’s still thankful for having been part of EXO though.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Harap-harap boleh diselesaikan dengan cepat dan adil kepada kedua-dua pihak.

Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

error: Content is protected !!