Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 30, 2019 @ 7:27pm

Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Nampak gayanya kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad (34) dan isterinya Noor Nabila semakin rumit apabila pelakon ‘Lelakimu Yang Dulu’ ini dikhabarkan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 September yang lalu. 

Terdahulu di dalam prosiding di hadapan Hakim Syari’e pihaknya telah menyerahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada tarikh 22 September yang lalu dan perkara ini telah disahkan oleh peguam yang mewakili Nabila  yang kemudiannya memohon satu tarikh untuk memfailkan pembelaan mereka. 

Mahkamah tetap menetapkan 6 Nov sebagai tarikh sebutan kes. 

Apabila ditemui wartawan, Sharnaaz menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian hanya untuk memperbetulkan keadaan dan spekulasi serta tanggapan orang ramai terhadap pergolakan rumah tangganya. 

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ni. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya lagi kepada BH Online. 

 Mengenai arahan mahkamah untuk kedua-dua pihak melantaik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian mereka, Sharnaaz telah melantik kakaknya, Dr Sherrini Ahmad Basir Ahmad sebagai wakil, manakala Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan untuk mewakilinya.  

Sebelum ini, Nabila ada memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) anak tunggal mereka, Jebat Jayden pada 13 September yang lalu. 

Baca:Noor Nabila Mohon Hak Penjagaan Sementara Jebat Jayden

Terdahulu, Sharnaaz menolak permohonan cerai Nabila yang difailkan pada 27 Ogos tahun ini kerana masih mahu cuba berdamai.

Baca: Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Baca: Nabila Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jan 2022
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Nuha Bahrin Kembali Dengan ‘Malam-Malam’, Kolaborasi Istimewa Bersama Ezra Kong

Nuha Bahrin tampil dengan single terbaharu berjudul Malam-Malam, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Ezra Kong.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Adele’s Latest Post Left Fans Speechless!

Looking like a sexy hot bombshell, Adele’s latest post on her Instagram left tongues wagging! In sync with Christmas, which is just around the corner, the British singer-songwriter posted a photo of her with the […]

Featured Fri, 12 Jul 2024
Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Featured Thu, 2 Apr 2026

Gayong 2 Kembali Dengan Skala Lebih Besar & Emosi Lebih Mendalam

Gayong 2 bukan sekadar mengangkat perjalanan seorang guru silat, sebaliknya menyelami sisi lain kehidupan Meor Abdul Rahman

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Thu, 17 Jul 2025
error: Content is protected !!