Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 3:39pm

[VIDEO] “Nilai Murni Lebih Penting Dari Rupa” – Syed Saddiq Dedah Ciri Wanita Idaman, Akui Hati Sudah Dimiliki

“Tipu kalau kata rupa tak penting, tapi nilai murni itu jauh lebih utama,” demikian pengakuan jujur Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai ciri wanita idaman yang menjadi pilihannya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video temu bual bersama personaliti tersohor, Datuk Aznil Nawawi, yang kini tular di media sosial apabila menyentuh soal peribadi serta prinsip kehidupan Saddiq sebagai seorang lelaki bergelar gentleman.

Ketika disoal sama ada status wanita menjadi pertimbangan utama dalam mencari pasangan, Saddiq menjawab soal status bukanlah penentu utama.

Sebaliknya, kata Saddiq keperibadian dan keprihatinan terhadap insan sekeliling adalah elemen paling penting dalam menilai seseorang.

“Setiap orang ada pilihan masing-masing. Definisi gentleman pada saya adalah seseorang yang peka terhadap masalah sekeliling dan sentiasa mencari jalan untuk membantu serta membimbing. Hidup ini bukan hanya mengenai kita semata-mata,” ujarnya.

Saddiq turut menekankan bahawa nilai murni seseorang dapat dilihat daripada cara mereka melayan orang lain tidak kira siapa pun mereka.

“Contohnya pelayan restoran. Kalau kita boleh layan mereka dengan hormat walaupun kita dikenali ramai, itu menunjukkan kita tidak bias. Nilai murni itu penting, bukan hanya terhadap ahli keluarga, malah orang asing juga,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengakui status peribadinya kini tidak lagi menjadi tanda tanya apabila secara bersahaja memberi bayangan bahawa hatinya sudah pun dimiliki.

“Status saya bukan untuk diuar-uarkan, tapi saya dah tak available,” selorohnya sambil tersenyum.

@kak_rina_

Puas hati dengan penjelasan Ybss..pasni jgn la ada lagi yg desak2 mereka..bagilah mereka ruang..Yg penting,Yb single but not available okay…fahamkann..😊😊🫶🏻 crdt to yt podcast paknil❤️ #syedsaddiq #bellaastillah #bass

♬ Strong Woman Stand Up – Chris B Harris & Jasmine T Harris & Daniel Kenneth Solovitz

Sumber: Podcast Kita Kita Aje

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Adakah ini publisiti murahan atau mengikut skrip ?

Acara Fri, 29 Sep 2023

Meriahnya! Lebih 20 Makanan Viral… Jom Ke Top Viral Food Festival Di Sunway Putra Mall

Wow! Menariknya..Jom ke Top Viral Food Festival di Sunway Putra Mall hujung minggu ni

Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Trending Sat, 10 Mar 2018

Pemulihan Bekalan Air Perlahan, Penduduk Lembah Klang Sabar ya!

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat pukul 7 pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terkesan adalah sebanyak 73 peratus.

Trending Tue, 16 Oct 2018

‘Tiada Lagi Alarm Clock Papa, Jumpa Di Syurga Nanti…’ Luahan Karl Shafek Buat Netizen Sebak

Hanya pecinta kucing saja yang tahu bagaimana peritnya rasa kehilangan itu…

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Berbalah Komen Dengan Netizen, Ira Kazar Koyak? Pesan Jangan Ambil Content Peribadi Untuk Raih Likes & Views – “Tak Ada Modal Ke?”

Wow wow, Ira Kazar gaduh ke tuuu 🫣 Wow wow, Ira Kazar gaduh ke tuuu 🫣 Tachod min garang juga Ira ni ekkk 😌🤭

error: Content is protected !!