Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2022 @ 11:59am

“Kau Tahu Apa Yang Penat? Tidur Dengan Hati Yang Kecewa” – Akui Pura-Pura Bahagia… Netizen Mohon Isteri Shuk ‘Move On’, Jangan Beri Peluang Kedua

Kemelut rumah tangga bekas penyampai radio dan pelawak, Shuk Sahar bersama isterinya, Rossa Sera dilihat seperti tiada penghujungnya.

Baru-baru ini, Shuk dilihat meluahkan perasaan yang terbuku dihati terhadap masalah rumah tangganya ketika sesi temu bual bersama pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Bagaimanapun, seolah-olah membuat kenyataan balas, Rossa Sera atau nama sebenarnya, Rossalenah Natassyiah Asshaferah turut memuat naik hantaran terkini di Instagram miliknya memaklumkan dia kini sudah penat.

“Kau tahu apa yang penat? Tidur dengan hati yang kecewa dan mengharapkan bila aku bangun nanti aku akan gembira dan semuanya pulih seperti sediakala,” tulisnya.

Meski dilihat sudah reda dengan perasaan kecewanya terhadap rumah tangga yang dibina, Sera bagaimanapun secara tidak langsung seperti mengakui dia kini ‘masih’ memilih untuk pura-pura bahagia.

“Tapi bila bangun, kecewa tu tak hilang dan aku pilih untuk pura-pura bahagia,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau  berharap agar Sera terus ‘move on’ tanpa memikirkan hal berkaitan Shuk.

Bahkan, mereka juga percaya Sera mampu dan pasti menemui kebahagian pada waktu yang sangat tepat.

Terdahulu, kontroversi melibatkan  pasangan ini mendapat perhatian media selepas kedua-duanya secara terang-terangan memuat naik video dan berkongsi cerita bahawa wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:“Karma Is Real! Isteri & Anak Tu Kan Pembawa Rezeki, Tapi…” – Ini Pesanan Netizen Bila Shuk Sahar Jual Rumah Untuk Tampung Kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Cara Allah Jadikan Saya & Kita Semua Kuat!” – Shuk Sahar ‘Kantoi’ Lagi, Isteri Dedah Kali Ni Siap Check-In Dan…

ARTIKEL BERKAITAN:Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 May 2019

Suspek Warga Nigeria Direman, Tapi Apa Motif Sebenar Pembunuhan Siti Kharina?

Siti Kharina ditemui mati dalam keadaan tragik dan tidak berpakaian bersama kesan calar di leher, kepala dan dada mangsa.

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya. 

Featured Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Thu, 6 Feb 2025

[VIDEO] Jay Iswazir Lebih Tenang Lepas Berdamai Dengan Bekas Isteri

Jay Iswazir fokus berdamai, tak fikir soal rujuk dengan Azzahra Ahmad

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

error: Content is protected !!