Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 24, 2026 @ 2:51pm

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Penyanyi dan komposer dan anggota kumpulan Exists, Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya.

Kata Ajai atau nama lengkpanya, Mohd Faizal Maas, 51, kegembiraan sebenar buat dirinya adalah apabila melihat semua anggota Exists berjaya menjalani kehidupan yang stabil, termasuk Mamat yang kini semakin pulih dan kembali ke landasan betul.

“Kegembiraan pada rakan yang pernah kita membesar bersama itu yang paling penting. Bagi saya, anggota lain semua dah capai matlamat masing-masing. Masing-masing ada rezeki, kesenangan meskipun tidaklah terlalu kaya dan tidaklah susah.

“Tetapi cukup untuk menampung kehidupan dan menjaga keluarga. Jadi saya mahu perkara itu juga ada pada Mamat,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Exist Memento Mori yang diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai perubahan Mamat, Ajai menjelaskan ia bukanlah hasil sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan sahaja, sebaliknya keazaman dirinya sendiri untuk keluar daripada persekitaran negatif.

“Alhamdulillah dengan doa ahli dan sokongan berterusan supaya dia tidak lagi terlibat dengan persekitaran yang tidak betul. Saya pernah cakap dengan dia bahawa hati sendiri yang tentukan sama ada mahu keluar atau tidak daripada semua ini.

“Orang lain boleh beri nasihat, beri sokongan, tetapi keputusan itu datang daripada diri dia sendiri. Hari ini dia buktikan bahawa perubahan itu memang datang daripada dirinya,” jelasnya.

Sementara itu, pelantun lagu Keliru itu turut berbangga melihat perbezaan ketara pada diri Mamat, bukan sahaja dari segi penampilan, malah cara percakapan dan pembawakan dirinya.

“Saya rasa bangga hari ini kita dapat lihat wajah dia yang lebih segar, cara dia bercakap pun berbeza. Memang lain dengan Mamat yang kita kenali sewaktu dia berada dalam masalah dahulu.

“Yang paling saya banggakan apabila dia kini dipercayai oleh pihak Pengasih Malaysia untuk beri motivasi kepada mereka yang pernah bermasalah seperti dia. Dia kongsikan pengalaman positif dan negatif, dan bagaimana dia bangkit ke arah yang lebih baik.

“Itu sesuatu yang sangat bermakna kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman tersebut. Bangga saya bukanlah apa, cuma saya mahu dia lalui kehidupan seperti apa yang kami lalui sebelum ini. Itu sahaja,” ujarnya.

Untuk info, sempena 35 tahun penglibatan dalam industri muzik tanah air, Ajai dan Mamat bersama lima lagi ahli kumpulan lain bakal menggegarkan konsert Exists Momento Mori di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Ogos depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Berkat Doanya, Ramai Datang”- Azlee Senario Syukur Gerai Dapat Sambutan Selepas Dikunjungi Ebit Lew

Jika dahulu, lakonan dan jenakanya sering menjadi hiburan peminat di kaca televisyen namun kini pelawak Azlee Senario berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki akibat hilang mata pencarian dalam musim pandemik. Baru-baru ini, tular di media sosial […]

Featured Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

Tuan badan dah buka mulut bagi ‘hint’ tu, harapnya semua baik-baik saja 😊

Featured Mon, 5 Dec 2022

[VIDEO] Disyaki Jarang Masak Gara-Gara Dapur Sentiasa Bersih, Siti Elizad Kongsi Bukti Suami Rajin Mengemas – “Peneman Hidup, Walaupun..”

Bahagianya seorang wanita bila dapat suami yang rajin membantu. Isteri penat memasak, suami tolong kemas. Loveeee couple ni! ☺️☺️

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Tue, 23 Sep 2025

“Saya Tak Akan Maafkan Mereka Yang Mengaibkan Saya & Keluarga”- Linda Rafar

Linda Rafar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mencela dirinya serta keluarga.

Hiburan Wed, 20 Nov 2024
Hiburan Mon, 9 Feb 2026

“Ayah Dah Janji Nak Ambil Keputusan SPM Bersama, Tapi Allah Lagi Sayang Dia…” – Anak Along Eyzendy

Eyman mendedahkan Along pernah berjanji untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama

error: Content is protected !!