Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 10, 2025 @ 3:19pm

Siti Nurhaliza Syukur Siti Aafiyah Mula Belajar Puasa, Sediakan Makanan Kesukaan Untuk Sahur & Iftar

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Siti Aafiyah Khalid, 7, sudah mula belajar berpuasa penuh.

Kata Siti ketika ditemui XTRA, sebagai seorang ibu, dia berasa bangga apabila melihat anak perempuannya itu bersemangat untuk mengerjakan ibadah puasa.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya mak kan bila tengok anak kita kurus tapi nak berpuasa memang tertanya boleh ke? Tapi nasib baik hari kita berpuasa tu jatuh pada hari Ahad, jadi kita boleh monitor dia.

“Masa hari pertama tu saya rasa happy sebab dia tak ada mengadu, melepek dan sebagainya. Dan hari kedua, dia bersekolah tapi dia berpuasa penuh, alhamdulillah. Seronok,” katanya.

Melihat Aafiyah nekad untuk berpuasa penuh, pelantun lagu Percayalah itu juga bersemangat untuk menyediakan makanan kegemaran anaknya ketika berbuka dan juga bersahur.

Ini termasuklah memberikan ganjaran kepada Aafiyah sekiranya dia berjaya berpuasa penuh sepanjang Ramadan.

“Aafiyah kalau makan sahur memang makanan kegemaran dia, bijirin. Tapi  saya sediakan juga nasi dan roti. Macam berbuka dia suka makan makanan Barat macam Bolognese.

“Untuk menu sahur, saya akan masak sebelum masuk tidur. Jadi, keesokan paginya hanya panaskan.

“Iya, saya akan beri RM100 sehari. ganjaran kepada Siti Aafiyah. Ayahnya pun janjikan ganjaran juga.

“Walaupun masih belum faham nilai wang sebab kecil lagi,  tapi nampaklah Siti Aafiyah seronok dan teruja nak berpuasa,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dalam perkembangan lain, Siti ketika ditemui pada majlis perasmian Budaya Raya di Pavilion Bukit Bintang baru-baru ini berkata, dia bakal melancarkan lagu raya terbaharunya berjudul ‘Raya Nak Ke Mana’ hasil ciptaan penyanyi berbakat Aisha Retno.

Lagu dengan elemen zapin ini sekaligus bakal menyaksikan dirinya meneruskan tradisi mendendangkan lagu tradisional.

“Selain itu, artis di bawah naungan syarikat saya, SN Legacy Sdn Bhd, iaitu Umairah sudah pun melancarkan single raya berjudul Tak Balik Raya.

“Kiranya lagu kami macam ada kesinambungan kerana ada soal jawab, iaitu Raya Nak Ke Mana dan jawapannya, Tak Balik Raya,” jelasnya.

Sekadar info, Siti adalah artis pertama yang mempunyai ruang galeri khas yang mempamerkan koleksi busana dan trofi yang pernah dimenanginya sepanjang tiga dekad berkecimpung dalam bidang seni.

20 busana yang dipamerkan itu terdiri daripada baju yang dipakai ketika Siti membuat persembahan di pentas berskala besar seperti, Anugerah Juara Lagu (AJL),  Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudirman dan konsert di Royal Albert Hall, London.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 18 May 2023

#LaguXTRA: Sedang Melalui Fasa Putus Cinta, Ahirine Ahirudin Suka ‘Vibes’ Rock Klasik

It’s okay jangan sesedih Ahirine! Layan betul lagu favorite dia ni

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

FESYEN Wed, 28 Feb 2018

Wow…Ayunya Bila Dua Lipa Berhijab

Penyanyi popular dengan lagu Scared To Be Lonely yang ketika ini dalam siri konsert jelajahnya sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Alasan Ismail Izzani Tak Mahu Ambil SPM

Selebriti Ismail Izzani dilaporkan bakal melanjutkan pelajaran di kolej swasta. Akuinya lagi, keputusan dibuat memandangkan dia bukan seorang yang suka belajar.

Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Hiburan Sat, 22 Mar 2025

Hanya Berkawan Dengan DJ Kidd, Emma Maembong Masih Solo – “Dia Bukan Punca Saya Bercerai”

Emma Maembong mengakui dia mengenali DJ Kidd selepas bertemu di lokasi penggambaran

Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi […]

error: Content is protected !!