Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 20, 2025 @ 10:29pm

“Ini Bukan Hanya Untuk Saya, Tetapi…” – Neelofa Bersyukur Terima Anugerah Wanita Inspirasi Di The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, 36, menerima penghargaan apabila dianugerahkan gelaran Wanita Inspirasi dalam acara The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival dan malam Anugerah Ibu Zain 2025.

Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang keusahawanan, pemerkasaan wanita, serta peranannya sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada ramai.

Dikenali bukan sahaja dalam industri hiburan tetapi juga sebagai seorang usahawan berjaya, Neelofa meraih anugerah ini hasil pencapaiannya dalam perniagaan fesyen patuh syariah serta peranannya dalam mempromosikan keseimbangan antara kerjaya dan nilai Islam.

Sebagai pengasas jenama Nunha, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor melihat anugerah ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu simbol kekuatan dan keteguhan wanita dalam dunia moden.

“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.

“Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik,” katanya.

Menurut bekas hos Nona TV3 ini, penghormatan ini didedikasikan buat wanita yang berani keluar dari zon selesa, bekerja keras tanpa mengenal erti putus asa, serta terus teguh dengan prinsip dan keimanan mereka.

“Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.

“Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua,” katanya.

Neelofa sebelum ini telah menerima pelbagai anugerah yang mengiktiraf kejayaannya dalam bidang perniagaan dan pengaruhnya dalam fesyen serta media sosial.

Isteri kepada pendakwah bebas Ustaz Haris Ismail ini juga aktif dalam kerja-kerja amal serta sering berkongsi pengalaman bagi menggalakkan pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.

Penghormatan ini sekali lagi membuktikan Neelofa bukan sekadar seorang selebriti, tetapi juga wanita berpengaruh yang memberikan impak besar kepada masyarakat, khususnya dalam dunia Islam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Sep 2022

Muncul Single Terbaru, The Gadys ‘Gelek Maut’ Dalam GELEK JAMBU!

Fuhh… sakan bergelek lepas ni bila dengar GELEK JAMBU 🔥

Featured Wed, 26 Jun 2024

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke 7 Diusia 65 Tahun

Wah, Tahniah Datuk dan isteri😍

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Featured Tue, 26 Mar 2024

Fathia Latiff Belum Jatuh Murtad – PU Syed

Ingat! Boleh tegur tapi jangan sampai mencela. Kalau dia keluar agama dosa tu pun ditanggung netizen sekali🔥🔥🔥

Featured Fri, 21 Mar 2025

“Saya Tidak Buat Lagu Hanya Untuk Jadi Fenomena” – Alyph

“Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan” – Alyph

Featured Wed, 21 May 2025

Dilabel Narsistik, Individu Hina Puteri Balqis Tampil Pertahan Diri -“Sumpah! I Tak Ada Niat”

Individu berkenaan menolak dakwaan kononnya dia sengaja mahu menghina.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

#Babyninja Ungku Arsalan Haq, Rezeki Jihan Muse Dan Suami

Peminat-peminat yang hadir dan menunggu kemunculann baby ninja ini turut berasa gembira dengan kecomelan anak Jihan. Peminat berpendapat, Ungku Arsalan ini lebih mengikut muka bapanya, betul ke? Jom kita usha bayi comel ini!

error: Content is protected !!