Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2025 @ 2:48pm

Raih Trofi Selebriti Viral Terhangat AMT 2025, Impak Watak Ketap Bibir Dalam ‘Keluarga Itu’ Julang Nama Rosyam Nor

Impak drama bersiri Keluarga Itu nyata membawa tuah kepada pelakon senior berbakat, Datuk Rosyam Nor apabila dia mencipta kejutan besar menjadi penerima Anugerah Selebriti Viral Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), baru-baru ini.

Pengiktirafan itu bukan sahaja mengejutkan dirinya sendiri, malah diraikan dengan sorakan luar biasa daripada para penonton yang menyaksikan acara gilang-gemilang tersebut.

Kategori istimewa ini diberikan kepada personaliti yang berjaya mencetuskan impak luar biasa di media sosial dan untuk tahun ini, siapa lagi yang lebih layak daripada Rosyam?

Fenomena ini tercetus hasil satu babak penuh emosi dalam drama popular Keluarga Itu, di mana Rosyam melakonkan watak seorang suami bernama Iman yang bergelut dengan konflik rumah tangga.

Namun, detik yang paling mencuri tumpuan ialah ketika Rosyam mengetap bibir sendiri, adegan ringkas tetapi sangat berkesan sehingga tular di TikTok menerusi ribuan parodi dan video reaksi.

Aksi itu sekaligus melonjakkan nama Rosyam dan drama bersiri Keluarga Itu dan ia menjadi antara klip paling hangat diperkatakan sepanjang tahun ini.

Terkejut Dapat Anugerah

Rosyam mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai satu-satunya pemenang mutlak untuk kategori khas ini tanpa sebarang pencalonan atau persaingan daripada artis lain.

“Sejujurnya, saya memang terkejut kerana ini adalah anugerah khas yang diberikan TV3 dan Melodi kerana penampilan saya dalam drama Keluarga Itu.

“Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada TV3 beri peluang selepas sekian lama saya tak muncul dalam drama bersiri. Apabila Erma Fatima tawarkan, saya tahu cerita itu terlalu berat kerana watak saya itu,” katanya.

@xtra_my Tahniah kepada Dato Rosyam Nor telah memenangi Selebriti Viral Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 #viral#trending#AMT2025#anugerahmeloditerhangat2025 ♬ original sound – XTRA

Bukan Mudah Terima Watak Iman

Mengulas lanjut, Rosyam berkata tawaran daripada Erma selaku penerbit bukan mudah untuk diterima memandangkan jalan cerita dan perwatakan yang cukup mencabar.

Namun, Rosyam akhirnya bersetuju setelah menyedari kepentingan peranannya sebagai pelakon.

“Saya berfikir sebelum ambil watak Iman. Wataknya mencabar dan saya mungkin bakal dikecam. Tapi apabila Erma beritahu, ini tanggungjawab kita sebagai pelakon, jadi saya terima. Saya tahu ia akan menjadi sesuatu yang akan dikecam,” katanya lagi.

Menurut Rosyam, sambutan awal terhadap drama tersebut agak bercampur-baur kerana penonton sukar menerima watak antagonis yang dibawakannya. Namun, segalanya berubah selepas drama itu semakin berkembang.

“Di awal drama bersiri Keluarga Itu menemui penonton, peminat mulanya tak boleh terima. Tapi akhirnya mereka kata apa yang saya buat itu jadi. Anugerah khas ini diberikan kerana beberapa perkara dalam drama ini buat orang menggunakan sedutan adegan dalam Keluarga Itu dia media sosial yang akhirnya tular,” katanya.

Impak Viral di Usia 58 Tahun

Tambahnya lagi, kejayaan drama Keluarga Itu bukan hanya mencipta fenomena di kaca televisyen, malah turut mencetuskan gelombang besar di media sosial.

“Bayangkan, impak watak Iman itu sendiri… Drama Keluarga Itu mendapat capaian sebanyak 1.2 bilion di media sosial dan meraih sebanyak 11 juta tontonan ketika ia bersiaran, ini jumlah yang besar dalam karier saya di usia begini.

“Impak viral di usia begini biasanya datang dengan kontroversi dan perkara yang tidak baik. Sekarang ini memang amat penting bagi seseorang pelakon untuk jadi viral. Namun untuk saya pula, impak viral itu datang menerusi drama bersiri Keluarga Itu.

“Kalau saya boleh imbas kembali, saat kemuncak populariti yang saya rasakan seperti sekarang ialah pada 15 tahun lalu menerusi filem KL Gangster 2,” katanya lagi.

Kemenangan ini secara tidak langsung memperkukuh lagi status Rosyam sebagai legenda seni lakon yang kekal relevan, malah berjaya menyesuaikan diri dengan trend semasa.

Saksikan Semula Keluarga Itu Di Tonton

Dari kaca televisyen ke skrin telefon pintar, pengaruh Rosyam nyata terus hidup dan semakin dekat dengan generasi baharu yang gemar berkongsi, memberi reaksi, dan mencari momen menyentuh hati di media sosial.

Sebagai tambahan, drama Keluarga Itu yang bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 turut menampilkan lakonan pelakon hebat termasuklah Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Muaz Zabir dan ramai lagi.

Penonton boleh menyaksikan semula drama bersiri Keluarga Itu di platform penstriman Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2026

“Saya Tak Lagi Bertolak Ansur Dengan Perkara Yang Tak Selesa Hanya Untuk Sesuaikan Diri” – Syamim Farid

Syamim Freida mengakui, dia kini tidak lagi mengejar untuk menjaga sesebuah perhubungan ataupun persahabatan.

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

12 Hari Di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata Buat Kali Pertama

Semoga abang Mamat Khalid sembuh seperti sedia kala

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Hiburan Thu, 9 May 2019

Siap Sedia Untuk ‘IDC’, Lagu Duet Justin Bieber- Ed Sheeran Keluar Esok!

Nantikan lagu terbaru Bieber and Ed Sheeran pada 10 Mei!

Trending Mon, 6 Jan 2020

Take A Look Inside Mangala Resort And Spa, Malaysia’s First Ever Ecological Luxurious Resort And Spa

Nestled in a beautiful lush view, Mangala Resort & Spa is truly Malaysia’s best kept secrets

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Peserta I Can See Your Voice Ini Mirip Suara Bruno Mars?

Video ini mengejutkan semua penonton apabila dalam tempoh 5 hari dimuat naik melalui laman rasmi Youtube ntv7, video ini telahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 655, 719 dan nombor satu trending di Malaysia. Wow!

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

error: Content is protected !!