Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 13, 2022 @ 5:53pm

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Baru-baru ini, timbul satu isu berkaitan pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menjadi buah mulut seorang artis wanita meningkat naik yang mempersoalkan kejayaannya dalam industri seni.

Ayda tampil memberi respons mengenai kontroversi yang memburukkan namanya kepada individu lain.

“Terima kasih banyak-banyak… orang cakap nama Ayda Jebat berada di minda anda. Tak ada sebab pun untuk anda nak iri hati dengan saya.

“Apa yang saya dapat hari ini hasil titik peluh sendiri, kalau awak nak berjaya macam saya awak kenalah fokus,” katanya.

Menerusi video temu bual Melodi, Ayda menyatakan bahawa artis tersebut tidak perlu untuk menjatuhkan dan mempunyai sifat dengki dengan kejayaan orang lain malah patut jadikan ia sebagai inspirasi.

“Janganlah nak buat gosip… kalau tak ada ilmu, belajar. Bukannya menjatuhkan orang lain, iri hati dengan orang lain.

“For you, yang cakap bagus sangat ke Ayda Jebat ni? Yes, I am dan saya masih lagi belajar untuk jadi lebih bagus daripada dulu.

“Kalau dulu, jumpa kau kat set memang aku tarik rambut kau Jangan main-main dengan aku eh!

“Jangan cakap macam tu tentang kejayaan orang, jangan iri hati. Jadikan inspirasi untuk jadi lebih bagus, awak jangan rasa awak bagus sangat,” kata Ayda secara berseloroh.

Jelas Ayda, jika individu tersebut merasakan dirinya bagus maka ada orang yang lebih bagus daripada dan mempercayai bahawa segala rezeki datang daripada Allah SWT.

“Kalau awak rasa awak bagus, ada orang yang lebih bagus daripada awak! Itulah ayat yang saya cakap untuk diri sendiri jugak. Kau jaga tepi kain sendiri je lah dik!

“Bagi saya rezeki itu bukan dekat tangan kita, daripada work hard tu niat kita, peminat kita layan dengan baik, kita berada ditahap sekarang,” katanya.

Walaubagaimanapun, Ayda turut memaklumkan bahawa jika dia mempunyai salah silap dengan mana-mana pihak dia akan menerima teguran dengan hati yang terbuka untuk memperbaiki dirinya.

“Kadang-kadang benda ini memang perlukan penjelasan. Kalau kata saya salah, awak kena tegur saya… saya boleh perbaiki.

“Mungkin ada orang cucuk… eh dia tu macam ini, terus dia bermasam muka atas sebab dia dengar kata orang lain,” katanya.

Sumber: Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Trending Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?

Featured Fri, 9 Nov 2018

Kylie & Kendall Jenner Lancarkan Rangkaian Beg Tangan, Harganya Boleh Tahan Murah!

Bolehlah dikira mampu milik untuk produk daripada selebriti antarabangsa.

Featured Thu, 19 Jun 2025

Irfan Zaini Kongsi Foto Peminat Dibelasah Hingga Berdarah Gara-Gara Watak Malik 

Irfan Zaini berkongsi foto milik peminatnya yang dilaporkan dibelasah hingga berdarah oleh pentaksub ”Malik”.

Featured Mon, 13 Feb 2023
error: Content is protected !!