Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 9, 2018 @ 10:00am

Kylie & Kendall Jenner Lancarkan Rangkaian Beg Tangan, Harganya Boleh Tahan Murah!

Dulu, bila Kylie Jenner pertama kali buka bisnes dan nak lancarkan produk lip kit miliknya, orang ramai tak sangka yang dia akan menjualnya dengan harga sebanyak $29.

RM121 untuk satu lipstick dengan satu lipliner – mahal gila! Yalah, kalau dah selebriti, mestilah kena letak harga standard selebriti, ye dak? Tapi masalahnya orang-orang yang tak berkemampuan, tak dapatlah nak merasa.

Tak apa, tak apa. Nampaknya Kylie dah dapat hint yang harga itu over sangat, kerana produk terbarunya berharga lebih murah daripada yang dijangka dan berpatutan.

Usahawan muda ini telah bekerjasama dengan kakaknya Kendall untuk lancarkan koleksi beg tangan eksklusif untuk Walmart, sebuah pasaraya terkenal di Amerika. Ia dipanggil “Kendall + Kylie for Walmart”. Dengar nama saja orang dah tahu siapa.

Yang menariknya, tiada apa yang berharga lebih daripada $40 (RM166). Kebanyakan item di dalam rangkaian ini berharga sekitar $27 (RM112). Okaylah tu, sekurang-kurangnya tak ada yang sampai RM500.

Tapi walaupun barangannya murah-murah, adik-beradik jelita ini telah all-out untuk koleksi ini. Ia merangkumi pelbagai jenis beg, termasuklah purse yang nampak simple, beg sandang yang lip-lap warnanya serta fannypack yang stylo.

Design produk-produk ini pun nampak chic tapi trendy, sesuai sangat untuk anak-anak muda. Jadi memang kenalah dengan harganya yang rendah.

Jom lihat beg-beg yang terdapat dalam koleksi ini.

Foto: Walmart

Boleh tahan cantik, juga ya? Ada yang nampak simple, tapi mungkin orang akan beli juga kerana ada logo “Kendall + Kylie”. Nampak tak?

Sumber: Seventeen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Feb 2025
Featured Sun, 3 May 2020
Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Tue, 5 Aug 2025

Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Pihak Shila bagaimanapun meminta sedikit waktu untuk tuntutan LOD tersebut.

Featured Sat, 9 Aug 2025

Isteri Aliff Syukri Kongsi Kisah Seram, Pintu Bilik Tiba-Tiba Terbuka Tepat Pukul 4 Pagi

atin Shahida berkongsi kisah seram yang dialaminya menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Featured Fri, 16 Aug 2024

Didakwa Curi Barangan Kemas & Wang RM10,000… Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

Agak-agak siapa gerangan artis wanita popular dan pembantu peribadi yang dimaksudkan?👀

Featured Sun, 30 Jun 2024
Events Wed, 30 Apr 2025

Stacy Bakal Gegarkan Sabah Dengan Konsert Solo Mega ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’

Stacy kembali ke negeri kelahirannya untuk menjayakan konsert solo berskala mega

error: Content is protected !!