Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 10:50pm

Stacy Bakal Gegarkan Sabah Dengan Konsert Solo Mega ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’

Sabah bakal bergema dengan sorakan peminat apabila penyanyi popular, Stacy kembali ke negeri kelahirannya untuk menjayakan konsert solo berskala mega yang diberi nama “Aku Stacy Menggegar Kota U”.

Diumumkan dalam satu sidang media eksklusif di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Rabu lalu, konsert ini akan berlangsung pada 21 Jun 2025, sekaligus menjanjikan pengalaman hiburan yang cukup luar biasa buat semua peminat setia.

Apa yang menarik, Stacy tampil membuat persembahan akustik tiga buah lagu secara live di kawasan luar SICC yang berlatarbelakangkan laut dan matahari terbenam.

“Saya nak hadiahkan konsert ni khas untuk orang Sabah. Bukan konsert biasa, tapi penuh tenaga, warna dan kreativiti! Ada gabungan penari dari Semenanjung dan Sabah, gimik kejutan pun ada! Jadi tunggu je nanti!” katanya.

Konsert ini juga akan menyaksikan gabungan semula Stacy dan suaminya, Akim Ahmad, dalam segmen duet romantik yang pasti buat hati peminat cair.

“Kami rancang sesuatu yang sweet dan romantik untuk peminat. Harap cuaca pun baik macam hari ni masa konsert nanti,” jelas Akim.

Lebih istimewa, Stacy sendiri terlibat sepenuhnya dalam keseluruhan produksi dari susunan muzik, pemilihan pasukan, hingga ke konsep pentas.

Konsert ini juga bakal membawa penonton mengimbas kembali perjalanan karier Stacy dari zaman Aku Stacy hinggalah ke era Menyala, dengan susunan muzik dan koreografi yang diperbaharui khas untuk malam itu.

“Saya nak semua orang balik dari konsert rasa puas dan terhibur. Lagu-lagu saya semua ada cerita, dan malam tu kita akan raikan semuanya,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Jun 2021
Selebriti Wed, 29 May 2024
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Izzmad Harun Tak Kecil Hati Cuma…

Kata Izzmad ‘Saya banyak tolak job sebelum ini demi ‘Bisa Pertama’.

LIFESTYLE Thu, 16 Aug 2018

Pisang Hijau Ada Kelebihan Buat Kesihatan

Ini bukan bermaksud pisang hijau adalah pisang mentah. Pisang hijau ini pun mempunyai manfaat dan kelebihan untuk kesihatan.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

T.O.P「恭敬弯腰」服役照曝光 粉丝泪崩:看到笑容了!

韩国偶像团体BIGBANG成员T.O.P(本名崔胜铉)在2017年陷入吸麻风波,相关单位发表惩戒后,在入伍近3个星期,8日终于有他的近况照片流出,他谦虚地将手往前摆,脸上露出微笑,看起来气色非常好,让粉丝泪喊「终于看到笑容了」。

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Fri, 28 Jun 2024
error: Content is protected !!