Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana March 30, 2023 @ 12:50pm

Harris Alif Tampil Dengan Single Terbaru, Terindah Buat Anak Tercinta

Penyanyi Harris Alif kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Terindah’ yang membawa seribu makna untuk dirinya memandangkan ia mempunyai kisah tersendiri.

Khas buat anaknya, Evie Khadeeja, Harris berkata dia mengalamai detik indah dan pengalaman menarik apabila mendapat berita tentang kehamilan isterinya, pelakon Intan Ladyana ketika merakam lagu itu.

“Saya merakamkan lagu ini tak lama selepas saya kahwin, dan ketika merakamkannya juga, saya terima berita isteri saya hamil cahaya mata pertama kami.

“Walaupun terjadi secara kebetulan, namun saya memilih untuk mendedikasikan lagu ini untuk anak saya. Tak dapat digambarkan betapa saya berasa terharu dan gembira ketika mula-mula tahu yang saya bakal menimang cahaya mata ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Harris menyifatkan rezeki bergelar bapa bukanlah satu perkara biasa atau kecil-kecilan, tambahan ia adalah kali pertama berlaku dalam hidupnya.

“Pada pendapat saya, rezeki memiliki anak bukanlah satu kegembiraan yang biasa, tentunya ia menjadi kemanisan yang luar biasa. Tambahan lagi bait lirik lagu ini memang indah, jadi saya rasakan setiap perkara bergabung dengan sempurna,” katanya lagi.

Harris juga berharap agar buah tangan terbarunya diterima baik oleh para peminat dengan menikmati kisah penceritaan serta muzik videonya.

“Harapan saya semoga orang ramai suka dengar lagu ini dan menonton muzik videonya. Untuk pasangan yang baru kahwin, saya harap mereka dapat mengaitkan kisah lagu ini dengan hidup mereka, terutamanya bagi yang baru memiliki cahaya mata seperti saya dan isteri,” katanya menutup bicara.

Lagu Terindah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

‘Fedtrip To Baazar’… Fedtri Yahya Berkongsi Rezeki, Borong & Santuni Peniaga Bazaar Ramadan

‘Fedtrip To Baazar’ berjaya ukir senyuman di wajah peniaga Bazar Ramadan…

Hiburan Wed, 3 Apr 2024

“Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

“Saya sanggup untuk buat apa sahaja demi keluarga” – Puteri Balqis

Featured Tue, 23 Aug 2022

Single ‘Dahlia’ Raih 70,000 Tontonan Di YouTube, Nashrain Tampil Dengan Peluang Kedua

Wow, arrangement muzik dia ala-ala indonesian gitu💗

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

TAHNIAH! NOOR NABILA BAKAL JADI IBU

Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata

Events Thu, 21 Feb 2019

Spotify Gets You Ready for BLACKPINK’s World Domination

Aren’t you excited for the upcoming weekend?

Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Auwww…Hati Kak Lina Pom Pom Dah Dimiliki

Ramai netizen yang gembira dengan khabar terbaru ini dan berharap hubungan Kak Lina Pom Pom bersama jejaka misteri ini bahagia seterusnya ke jinjang pelamin. Insya Allah…

error: Content is protected !!