Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2025 @ 11:36am

‘Fedtrip To Baazar’… Fedtri Yahya Berkongsi Rezeki, Borong & Santuni Peniaga Bazaar Ramadan

Suasana di Bazaar Ramadan Pantai Dalam tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran pengacara Fedtri Yahya yang turun padang bagi menyantuni peniaga yang berdepan dengan cabaran kekurangan pelanggan.

Dalam usaha untuk menyebarkan semangat berbagi rezeki di bulan Ramadan, Fedtri mengunjungi empat gerai terpilih yang kurang mendapat sambutan, mendengar kisah para peniaga dan membeli keseluruhan juadah yang dijual sebagai tanda sokongan.

Lebih daripada sekadar membeli, Fedtri turut menghadiahkan Baju Raya tajaan kepada para peniaga sebagai simbol dorongan, selain memberikan duit raya kepada pengunjung bazar yang ditemuinya.

@tv3malaysia Sempena 10 malam terakhir Ramadan, jom ikut Fedtri Yahya dalam 'Fedtrip To Bazaar' untuk berkongsi rezeki dengan peniaga bazaar. Terima kasih kepada Camellia Empire kerana sudi menaja baju raya & duit raya untuk menjayakan siri 'Fedtrip' kalini! #IndahkanMemori ♬ original sound – TV3Malaysia

Hasil daripada respons netizen berkenaan bazaar yang kadangkala kurang mendapat sambutan serta pemerhatian di lokasi, empat gerai telah dikenal pasti untuk menerima bantuan ini.

Menerusi platform media sosial TV3 Malaysia Hari, detik-detik berharga sepanjang program ini telah dikongsi bagi meningkatkan kesedaran, memupuk semangat komuniti dan menggalakkan lebih ramai pihak untuk membantu mereka yang memerlukan.

Inisiatif ini berjaya mencetuskan inspirasi dan kegembiraan kepada peniaga yang mungkin sebelum ini merasa terpinggir, menjadikan Ramadan mereka lebih bermakna dengan semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 11 May 2023

#LaguXTRA: Lagu Zaman Dulu Ada ‘Rasa’, Shazabae Berjiwa Orang Lama

Betul lagu lama ni memang tak lapuk ditelan zaman kan

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Sat, 29 Feb 2020
Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Hidup Untuk Curang!” – Tom Tampil Sinis, Luah Rasa Dipandang Serong

Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap persepsi segelintir masyarakat yang terus menerus melabel dirinya dengan imej negatif.

Trending Thu, 2 Apr 2020

Covid-19 : 208 Kes Positif Terbaharu Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Semoga lebih banyak kes pesakit yang sembuh dicatatkan. #StayAtHome

Filem Fri, 17 Apr 2026

Gayong 2 Terus Raih Pujian, Penonton Puas Hati Dengan Aksi & Emosi

Filem Gayong 2 terus mencuri perhatian apabila menerima pelbagai maklum balas positif daripada penonton sejak hari pertama tayangan.

error: Content is protected !!