Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 25, 2023 @ 7:19pm

[VIDEO] Anak Istimewa Adi Putra Undang Hiba, Kongsi Alami Masalah Pendengaran Sejak Usia 6 Bulan – “Ini Satu Amanah Allah’

Sayu! Itulah perasaan yang dapat diungkapkan apabila anak perempuan aktor Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11 tampil membacakan doa ketika majlis tayangan perdana filem Syaaban, pada Sabtu.

Zara yang juga anak istimewa (Orang Kurang Upaya) itu dipanggil bapanya dilihat bersungguh-sungguh membacakan doa di hadapan tetamu yang hadir.

Berkongsi mengenai anak syurganya itu, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim, menyedari anak keduanya itu mempunyai kelainan ketika masih kecil.

“Saya mengetahui ketika umurnya berusia enam bulan.

“Saya mula menyedari apabila dia tidak memberi respons ketika ada gangguan bunyi bising apabila saya tidur bersamanya.

“Saya terkejut, jadi saya bawa dia untuk buat pemeriksaan lanjut dan dari situlah saya dapat tahu mengenai kesihatannya,” kongsinya kepada XTRA.

Adi Putra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem arahan pertamanya yang berjudul Syaaban di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adi juga memaklumkan dia pernah berikhtiar mendapatkan rawatan dan menyifatkan ia adalah anugerah terindah dan amanat daripada Yang Maha Esa.

“Kad OKU dia memang dah tertulis masalah pendengaran. Jadi memang pendengaran kedua telinga mengalami masalah.

“Saya pernah mengikhtiar dengan memasang alunan surah tapi bila direnungkan kembali bagi saya itu adalah anugerah Allah yang berikan.

“Ia satu amanah Allah yang dianguerahkan, jadi kita sebagai ibu bapa menggalasnya sebaik mungkin. Jangan lah ubah sesuatu yang memudaratkan,” jelasnya.

Bagi berkomunikasi dengan anaknya, Adi berkata, dia dan isteri menggunakan bahasa isyarat selain turut berkomunikasi melalui panggilan mesej dan video.

“Dia juga ada bahasa isyarat, jadi kami berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kami juga berhubung melalui panggila WhatsApp dan video.

“Saya juga mempunyai kemahiran untuk menggunakan bahasa isyarat daripada umurnya kecil lagi.

“Apabila dia tak guna bahasa isyarat pun saya sudah faham,” ujarnya lagi.

@xtra_my Replying to @*BUBUN🇮🇩🇲🇾* Buat pertama kali Adi Putra berkongsi mengenai anakanda istimewanya sekaligus meminta membacakan doa bagi filem pertamanya🥹😍 #fyp #xtramy #anak #istimewa #adiputra #baca #doa #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Feb 2018

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Pentas AJL berhantu??? Alamak! macam mana tu?

Featured Wed, 3 Aug 2022
Trending Fri, 30 Mar 2018

China Implements “Chinese Card” For Chinese Born Outside of the Country

China has been coming up with interesting things lately.

Featured Mon, 21 Mar 2022

Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

Pelakon utama dah minta maaf, semoga isu sensitif seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua

Hiburan Sun, 29 Apr 2018

Tahniah! Elvira Juara Mentor Otai

“ Saya langsung tidak jangka saya bergelar juara. Saya jangkakan Kak Azee,” katanya ketika ditemui di sesi Sidang Media Mentor Otai, sebentar tadi.

Featured Wed, 12 Mar 2025

Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Neelofa akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sebelum bersahur.

familuv Wed, 4 Jun 2025

“Saya Pun Sitizoners” – Nadeera Dedah Mula Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Sejak Umur 3 Tahun

Penyanyi bersuara emas, Nadeera mengakui meminati Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak berumur tiga tahun lagi.

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Korang Dah Ready Untuk Padi Reborn Exclusive Live In KL?

Tujuh tahun Padi ‘hilang’ sebentar. Kami sudah bersiap sedia menguasai pentas untuk menghiburkan Sobat Padi di Malaysia. Wohooo, tak sabar!

error: Content is protected !!