Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 3, 2022 @ 1:18pm

[VIDEO] Ramai Yang Terkejut, Netizen Puji Perubahan Vokal Nabila Razali!

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, menerima pujian netizen selepas menunjukkan kebolehan vokal ketika membuat ‘cover’ sebuah lagu di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nabila telah memuat naik video dirinya sedang menyanyikan lagu yang bertajuk Tak Ingin Usai nyanyian asal Keisya Levronka.

“Lama dah Bella tak buat cover but this is such a beautiful song. I had to do it,” tulisnya

@nabila.razalii Lama dah Bella tak buat cover but this is such a beautiful song 💖 I had to do it. Big thanks to hensem guitarist @anwaramzah & my bro @justin_mfmf Enjoy! 😉 @universalmusic_my #TakInginUsai #TakInginUsaiCoverChallenge #MusicOnTrend ♬ Tak Ingin Usai – Instrumental – Keisya Levronka

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata terkejut dan memuji perubahan vokal penyanyi itu.

“Sumpah sedap gila. She redeemed herself,” komen seorang netizen.

“Wow makinn improve,” tulis seorang peminatnya.

“Okay ini best, dah makin improve,” komen seorang pengikutnya.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat Nabila sesuai membawa lagu-lagu yang tidak memerlukan vokal yang tinggi untuk menarik perhatian pendengar.

“Bella sesuai sgt suara dgn tone lagu ni,” komen seorang peminatnya.

“Lagu macam ni ngam dengan suara dia,” tulis seorang pengikutnya.

“Patutnya Kak Bella bawak genre lagu yang macam ni… Baru sedap,” komen seornag warganet.

Terdahulu, Nabila sering dikecam kerana vokalnya yang didakwa sumbang selepas beberapa kali ‘terkucil’ ketika membuat nyanyian secara langsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Events Fri, 17 Jan 2020

《彼岸之嫁》123上架!黄姵嘉爆田世广「肢障」 

Netflix华语自制原创影集《彼岸之嫁》1月23日上架;女主角黄姵嘉大爆料,指田世广「肢障」! 

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Fri, 23 May 2025
error: Content is protected !!