Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 5, 2024 @ 4:26pm

[VIDEO] Mesra Main Game Teka Kuih Raya, Gelagat Mimi Lana & Syafiq Kyle Cuit Hati Ramai! – “Dia Main Tembak Je”

Bekas pasangan kekasih, selebriti Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi mencuri perhatian di media sosial.

Menerusi platform TikTok, tular sebuah video memaparkan gelagat Syafiq dan Mimi yang sedang bermain game spontan teka kuih raya bersama jenama pakaian terkenal Hijabistahub.

Dalam video berkenaan, Mimi menjawab dengan penuh keyakinan diri manakala bekas tunangnya, Syafiq pula dilihat tidak beberapa mengenali kuih-kuih tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi Syafiq yang secara spontan ‘menembak’ jawapan mengikut firasat hatinya meskipun salah.

Mimi Lana

“Syafiq ni semua engko semperitkan,” kata netizen.

“Syafiq ni serupa laki aku la. Dia sebut ikut dan je. Sukahati dia nak sebut apa pun,” kata netizen lain.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kuih kegemaran mereka Mimi berkata dia amat menyukai kuih Almond London manakala Syafiq pula menggemari kuih Semperit.

Meninjau ruangan komen, ada segelintir netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka serta berharap Syafiq dan Mimi kembali bersatu menjalinkan hubungan cinta.

Sebelum ini, Pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Tepis Tuduhan Bercium Dengan Mimi Lana Di Kelab Malam – “Tak Berlaku Langsung!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Enggan Ulas Lanjut Isu Tak Jadi Kahwin Dengan Mimi Lana, 8 Kali Syafiq Kyle Beri Jawapan Sama – “Sorry, Soalan Lain?”

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Pengantin Perempuan Persembah Tarian Pada Pasangan Siapa Tu

Trend terkini pengantin perempuan /lelaki akan menari didepan pasangan seperti Mawar Rashid sakan menari di depan suami ketika majlis persandingan mereka.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Sahara Yaacob Dilantik Presiden PERTAMAS, Tahniah!

” Doa kami telah dimakbulkan. Lets spread the word, the happiness for all Malaysian Musician…Alhamdulillah Bonda…inilah jawapannya,” tulisnya.

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Individu Pertahan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Cabar Tunjuk Bukti Bayar Nafkah Anak

Rita meminta agar resit bayaran nafkah didedahkan secara terbuka bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum

error: Content is protected !!