Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 12:30pm

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat yang belum disahkan.

“Tak betul rasanya dakwaan itu. Setahu saya, dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Tiada apa-apa yang berlaku, apatah lagi ditahan,”katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Azlee memaklumkan dia tidak mengetahui keberadaan Saiful kini memandangkan mereka tiada sebarang tugasan atau penggambaran bersama pada.

“Kami tiada show bersama hari ini. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini.

“Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake,” tambahnya.

Pada Mac lalu, industri hiburan tempatan digemparkan dengan laporan mengenai penahanan salah seorang anggota kumpulan Senario, dipercayai Yassin Yahya, oleh pihak berkuasa Arab Saudi di Lapangan Terbang Jeddah.

Difahamkan, pelawak berkenaan ketika itu sedang menunaikan ibadah umrah bersama rakan-rakannya, namun telah ditahan atas dakwaan membawa bahan terlarang.

Menurut sumber, Yassin kini sedang menjalani tempoh tahanan selama enam bulan di sebuah pusat pemulihan di sana, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman sewaktu prosiding yang berlangsung pada November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan MSSM

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

This Is Pilah Bukan Filem Berangan

Gaya percakapan dengan dialek ‘pekat’ Nogori bukan halangan untuk anda menonton filem ini! Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek yang turut hadir di majlis pra-tayangan This Is Pilah memberitahu beliau cukup bangga dengan hasil pembikinan filem ini.

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

李佩玲个人巡演第二站圆满落幕!总结出道一年旅程

李佩玲云顶跨年开唱领6000人迎接2019!个人巡演第二站圆满落幕,总结2018出道一年的梦想旅程。

Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tak Kisah Nyanyi Lagu Lama, Francissca Peter Belum Sedia Nyanyi Lagu Komposer Muda

Beberapa kali saya disapa oleh peminat cilik yang suka dengan lagu-lagu seperti Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan beberapa buah lagu lagi.

Hiburan Wed, 17 Oct 2018
error: Content is protected !!