Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 8, 2023 @ 11:24am

“Beri Saya Kesedaran Siapa Yang Ikhlas Menyayangi…” – Tulang Patah & Ada Darah Beku… Fasha Sandha Syukur Bengkak Di Mata Beransur Pulih

Pelakon jelita, Fasha Sandha akhirnya bersuara di media sosial selepas lapan hari dimasukkan ke wad hospital akibat kecederaan di mata kiri ketika menjalankan penggambaran pada minggu lalu.

Fasha menerusi sebuah perkongsian di Instagram mengucapkan kata syukur dan terima kasih kepada ibunya, Hatijah Tehman atas doa-doa yang tidak putus dizahirkan buatnya sepanjang berada dalam kesakitan itu.

“Assalamualaikum. Kali ini menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna. Pertama kali, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat Mama. Munking kerana kebaikan dan doa-doa mama, Allah melindungi mata kanan saya.

“Juga saya pasti doa daripada suami, anak-anak saya, keluarga, peminat, sahabat, jiran-jiran dan kucing-kucing peliharaan saya. Saya terus kuat.

“Saya tidak pernah rasa tertekan. Tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya anggap Allah ingin saya berehat seketika. Ya, lapan hari yang begitu panjang buat saya.

“Pertama kali admitted di hospital kerana cedera. Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang saya ambil sejak tahun 2004.

“Saya tak pernah bermalam di hospital kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya satu malam),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jelas Fasha lagi, dia akur dan reda atas ketentuan yang Maha Berkuasa atas kemalangan yang telah berlaku ini, namun diselubungi rasa bersalah atas tanggungjawab yang terkendala.

“Iya, ‘benda nak jadi’. Apa kita boleh buat.. Kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik.. tapi kemalangan tetap terjadi. Dalam hati saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh.

“Malah pada hari kejadian, saya hanya fikir ingin habiskan tugas. Tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan. Dikala kesakitan, baru kita sedar siapa yang betul-betul sayangkan kita.

“Kepada yang bertanya, keadaan saya ketika ini fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.

“Walau begitu, saya tetap bersyukur mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya daripada ujian ini.. Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sebelum ini, Fasha dilaporkan mengalami kecederan di mata kiri sehingga tulang patah ketika menjalankan penggambaran drama TV3 Anak Tuan bersama pelakon gandingan, Azhan Rani.

ARTIKEL BERKAITAN: Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Cerita Lebih Pun Tak Ada Guna”- Update Keadaan Fasha Sandha, Aidil Aziz Tak Mahu Salahkan Mana-Mana Pihak

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Jadi Penyebab Kecederaan, Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani – “Sebenarnya Abang Tolak Tak Kuat Pun!”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia Cuba Gerakkan Mata Kiri Yang Cedera…” – Aidil Aziz Kongsi Keadaan Terkini Fasha Sandha

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Fasha Sandha Cedera, Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Undang Fitnah? – “Emosi, Hati & Perasaan Aku Tak Penting Pun”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 7 Nov 2017

30 LAGU TEMBUSI SEMI FINAL MUZIK-MUZIK 32

Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-32. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM32 dan juga secara wild card menerusi showcase MM32.

Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2024

Banyak Tarikan Baharu, Karnival Jom Heboh Kembali Mendarat Di Terengganu Bermula 1 Hingga 3 Ogos Ini!

Wahhhh! Banyak ni aktiviti menarik dan hadiah lumayan boleh menang 🤩

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

’Lama Jomblo Untuk Dapat Wanita Begini’- Baim Wong Minta Lelaki Bujang Di Luar Sana Lebih Bersabar

Aduh, sweet betul pasangan sejoli ni tau! Semoga cepat dapat momongan. Insha Allah…

error: Content is protected !!