Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom March 16, 2020 @ 12:00pm

Bergelut wabak koronavirus, 3 makanan ini mampu tingkatkan imunisasi tubuh

Musim penularan virus, termasuk novel koronavirus (Covid-19) yang kini diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), membuatkan ramai orang semakin waspada akan kesihatan mereka.

Kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan gaya hidup sihat khususnya langkah penjagaan kebersihan dipertingkatkan, bahkan ramai yang mengubah cara pemakanan seharian mereka.

Foto: The Conversation

Mengambil makanan bergizi dan seimbang, menjadi kunci untuk tetap sihat dalam menghadapi penularan COVID-19 serta penyakit lain.

Namun begitu, ada beberapa makanan tertentu yang dipercayai dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh seseorang.

Hendak tahu apa jenis makanan yang baik untuk diamalkan tatkala virus seperti COVID-19 sedang melumpuhkan sistem imunisasi manusia, teruskan membaca artikel ini.

1. Buah jambu

Buah jambu ternyata menyimpan pelbagai manfaat daripada kulit hingga isi buahnya. Sebagaimana diketahui umum, jambu adalah antara sumber vitamin C terbaik. Vitamin ini juga bertindak sebagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Anda boleh menikmati buah jambu begitu saja atau menjadikannya smoothies.
Seperkara lagi, jambu juga sejenis buah penyejuk badan.

2. Cendawan butang kering

Foto: Rasa

Cendawan yang enak dimasak untuk menu berkuah seperti sup atau digoreng, amat bermanfaat untuk meningkatkan imunisasi tubuh dan kesihatan secara keseluruhan. Tidak hairanlah cendawan butang banyak digunakan dalam perubatan tradisional Asia Timur selama ratusan tahun.

Dalam satu kaji selidik, mendapati seseorang yang makan 5 atau 10 gram cendawan butang kering sehari selama empat minggu mempunyai sistem kekebalan tubuh yang jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mengamalkannya.

3. Ikan salmon

Bercakap mengenai hidangan sihat, hampir setiap pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan ikan salmon sama ada untuk mengawal berat badan, masalah jantung, darah tinggi mahupun kanser.

Ini kerana salmon kaya protein dan lemak omega-3, yang dapat membantu mengurangi keradangan.

Keradangan adalah maklum balas tubuh terhadap jaringan yang terluka, namun begitu jika terlalu banyak keradangan berlaku boleh menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah sekali gus menyebabkan penyakit jantung.

Kebaikan ikan salmon yang kaya dengan nutrisi iaitu vitamin B2 (riboflavin) dan B12, vitamin D, kalsium, fosforus dan mineral seperti zat besi, iodin magnesium, kalium dan selenium, dapat mempertingkatkan imunisasi tubuh.

Dalam menghadapi COVID-19 yang cukup membimbangkan ini, pembaca dan seisi keluarga, disarankan mengambil 3 jenis makanan ini agar terus kekal sihat.

Selain itu, jangan lupa sentiasa mencuci tangan anda, mengenakan topeng muka dan beristirahat di rumah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Wed, 11 Mar 2026

“Jangan Melampaui Batas, Selagi Saya Boleh Diam, Saya Diam”- Jazmy Juma Perjelas Dakwaan Cepat Melenting

Jazmy Juma menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pemarah atau cepat melenting apabila ditegur susulan tindakannya meminta peminat untuk tidak selalu bertanyakan mengenai hal peribadinya.

Featured Tue, 21 Jun 2022

Gara-Gara Tegur Aurat Allahyarham Adibah Noor, PU Riz Dikecam Siti Kasim – “Shut The F**k Up!

PU Riz menegur untuk kebaikan sesama muslim, lagipun dia menegur dengan cara yang baik 😊

Featured Sat, 24 Dec 2022
Featured Wed, 21 May 2025

“Tiada Lagi Kereta Sewa Untuk Dilenjan”- Zahnita Berjaya Beli Kereta Jenis SUV, Netizen Titip Kata Semangat

Zahnita kelihatan ceria sambil memegang jambangan bunga di samping kereta pacuan empat roda berwarna biru jenis SUV.

Featured Thu, 16 Mar 2023

Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

Uishhh, betul ke ni? Sampai mental and depressed individu tu 🥵

error: Content is protected !!