Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2026 @ 10:43am

“Jangan Melampaui Batas, Selagi Saya Boleh Diam, Saya Diam”- Jazmy Juma Perjelas Dakwaan Cepat Melenting

Pelakon Jazmy Juma menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pemarah atau cepat melenting apabila ditegur susulan tindakannya meminta peminat untuk tidak selalu bertanyakan mengenai hal peribadinya.

Kata Jazmy atau nama lengkapnya, Jazmy Khan Juma Khan, 28, peminat masih boleh mengambil tahu mengenai perkembangan dirinya namun tidak melampaui batas.

“Apa yang saya buat hari itu adalah siaran langsung dan meminta dia supaya jangan ganggu kehidupan peribadi saya.

“Boleh saja nak ambil tahu fasal saya, tapi jangalah melampaui batas. Saya bukan jenis melenting, saya sangat memendam rasa selagi boleh.

“Selagi saya boleh diam, saya diam sebab kadang-kadang itu lebih baik. Saya bukan juga orang yang pemarah tapi kalau saya marah, kawan-kawan saya tahulah macam mana,” katanya.

Jazmy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama vertikal ‘My Ramadan Love Story’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut, Jazmy mengakui tindakan tersebut sedikit sebanyak menganggu fokusnya terhadap karier dan juga emosi.

“Kadang-kadang benda itu mengganggu proses perjalanan hidup seharian dan kerja saya juga. Jadi, saya terpaksa bersuara.

“Saya cuma rasa tak semua benda boleh disentuh apabila melibatkan hal peribadi. Saya harap mereka hormat benda itu.

“Mereka boleh nasihat atau beri tunjuk ajar yang baik. Kalau saya rasa perkara itu patut ikut dan baik untuk saya, saya akur. Tapi bila teguran atau kata-kata itu melampau, ada yang lebih-lebih, saya rasa macam tak boleh nak terima,” jelasnya.

Dalam masa sama, Jazmy enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada isu tersebut menggangu hubungannya bersama kekasih.

“Tiada komen tentang itu (gangguan beri kesan hubungan dengan kekasih).

“Saya buat siaran langsung itu bukan untuk melindungi orang saya sayang saja tapi melindungi diri saya sendiri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Jun 2026

Penampilan Terkini Nora Ariffin Dipuji Lawa Persis Anak Dara – “Contoh Artis Yang Buat Bariatrik Tapi Kekal Cantik”

Datuk Nora mencuri perhatian apabila penampilannya dipuji lawa persis anak dara.

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Sesi pertemuan Ellie Suriaty dan Imran Bard penentu sama ada teruskan saman atau tidak

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
error: Content is protected !!