Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 24, 2022 @ 3:57pm

“Kasihan Isteri Baru, Kahwin Tiada Majlis… Macam ‘Cowboy’” – Puteri Sarah

Konflik rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, dan pengarah filem, Syamsul Yusof, 38 masih belum berkesudahan sehingga kini, malah lebih banyak kisah mula terbongkar.

Memetik laporan BH Online, Sarah mendedahkan bahawa dia sudah lama mengetahui mengenai dakwaan suaminya telah berkahwin dengan Ira Kaza.

“Sebenarnya, saya sudah lama mendapat mesej langsung mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira.

“Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Saya tak kuasa ambil peduli disebabkan dulu cerita kahwin hanya desas-desus.

“Apabila makin hangat diperkatakan, saya juga semakin banyak mendapat mesej langsung. Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.

“Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” ujarnya kepada BH Online.

Ditanya mengenai perasaannya apabila timbul dakwaan dimadukan, Sarah akui sudah tidak peduli dengan tindakan Syamsul.

“Jujurnya saya tidak peduli dengan apa yang nak berlaku.

“Saya sudah lama ‘move on’, Cuma sebagai wanita yang masih bergelar isteri, tentunya saya mahukan kebenaran.

“Kepada Syamsul, mengaku sahajalah. Benda baik jangan disorok boleh menimbulkan fitnah.

“Bagi saya, lagi banyak kesilapan yang mahu ditutup, lagi banyak kebenaran akan terdedah. Percayalah, ini semua kuasa doa isteri dan ibunya, Datin Patimah Ismail yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci,” kata Sarah.

Malah, Sarah turut memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang suaminya berkahwin lagi tetapi berharap Syamsul tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Jika betul kahwin, Alhamdulillah. Bagus, sebab tidaklah menanggung dosa.

“Saya juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu tahap mana hubungan mereka.

“Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’.

“Sampai bila nak sorok, sedangkan orang sudah mula menghidu?

“Kalau dahulu, saya selidik sampai lubang cacing sebab nak tahu kebenaran, tetapi sekarang semua maklumat datang tanpa diminta.

“Jujurnya, saya sudah lama reda dan berserah kepada Allah sebaik menunaikan umrah pada Ramadan lalu. Saya terima dengan berlapang dada apa pun yang Allah nak tunjuk,” luahnya.

Tambah Sarah, dia akui berasa kasihan melihat mentuanya apabila kontroversi Syamsul berkahwin dua heboh dan tular.

“Ibu bapa mentua memang kecewa, malah menangis mendengar cerita ini. Mereka ada bertanya kepada Syamsul sendiri berhubung gosip yang hangat diperkatakan.

“Tetapi, biasalah Syamsul takkan mengaku. Bagi saya, berani buat, berani tanggung,” jelasnya sebelum ke Tokyo, Jepun, semalam.

Sehubungan itu, Sarah memaklumkan bahawa dia akan menyelesaikan perihal rumahtangganya seusai pulang ke Malaysia.

“Saya akan uruskan apa yang sepatutnya diselesaikan. Tengoklah apa keputusan saya.

“Saya juga mahukan ‘titik noktah’ agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman.

“Sekarang berilah saya masa bertenang sambil bercuti dengan anak ke Tokyo dulu,” tuturnya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Kalah Kerana Stamina, Adam Lee Akui Alif Muhaimin Lebih Bersedia

Pelakon Adam Lee tetap berbangga dengan pencapaiannya meskipun tewas kepada aktor Alif Muhaimin dalam perlawanan Fury Redemption yang berlangsung pada Ahad. Adam mengakui kekurangan stamina menjadi punca utama kekalahannya, lebih-lebih lagi apabila berdepan lawan yang […]

Trending Wed, 2 Dec 2020
Kes Mahkamah Wed, 10 Jan 2024

Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain – Saksi kelapan

Trending Wed, 13 Dec 2017

Keputusan Cemerlang PT3 Seorang Anak Tukang Cuci

Ina Najwa Ruzaidi untuk tampil cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) walaupun kehilangan bapa bukan alasan untuk tidak berjaya

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Ini Boyfriend Baru Jeslina Hashim?

Jes mendedahkan beliau kini sedang berkenalan dengan seorang Usahawan yang dikenalinya. Nak tahu siapakah gerangan usahawan tersebut? Sila klik artikel ini

Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

Savour KFC’s Brand New Mad Mex Twister for a Limited Time Only!

The classic Twister came back with a special twist.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Lumrah Manusia…Dulu Dihina, Sekarang Dipuji Pula!

Huwah, teruskan menjadi ibu yang terbaik!

error: Content is protected !!