Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 3, 2023 @ 5:30pm

Didakwa Jadi Penyebab Kecederaan, Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani – “Sebenarnya Abang Tolak Tak Kuat Pun!”

Pelakon versatil, Fasha Sandha akhirnya tampil membuka mulut selepas pelbagai tuduhan diberikan kepada pelakon Azhan Rani mengenai kecederaan mata yang dialaminya.

Malah, perkara itu dikongsi Azhan sendiri menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Azhan, buat masa ini dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai insiden yang berlaku dan memaklumkan Fasha kini sedang dalam proses pemulihan dan semakin baik.

” 40 kali tulis padam tulis padam. Saya tepek je la ye voice message antara kami semalam. Gambar tu hari ini.

“Insya-Allah, Fasha kini dalam proses recovery dan semakin baik berkat doa yang tak putus-putus dari semua. Maaf saya tak berminat nak ulas apa-apa buat masa ini. Biar @fashasandha sendiri ulas selepas sihat dan pulih seratus peratus yang jelaskan.

“Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kecaman atau tomahan. Lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

 

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 38, menjelaskan, Azhan tidak menolaknya dengan kuat ketika penggambaran sedang berlangsung seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Abang jangan risau, orang kata abang tolak kuat tapi sebenarnya abang tolak tak kuat pun, video-video tu semua ada. Tak kuat pun abang tolak. Andaian orang je , orang dalam industri ni tak tahu yang bukannya tolak betul-betul pun… It’s just acting je. Saya yang tolak badan tu, cuma landing je tempat yang salah.

“Benda dah jadi nak buat macam mana, tak perlu kita nak explain panjang-panjang. Tapi saya tak nak orang salahkan abang. Insya-Allah saya akan bagi statement lepas dua tiga hari ni lah. Sebab sekarang ni saya tak boleh nak menulis, sebab kalau tulis, tulisan tu jadi dua. Tapi Insya-Allah everything will get better, setelah bengkak tu hilang Insya-Allah. Terima kasih bang, doakan eh,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis memuji dan memberikan kata-kata semangat buat pemenang Anugerah Drama Festival 2019 bagi kategori Antogonis Pilihan ini.

Bagi mereka, Azhan seorang pelakon yang profesional dan tidak keterlaluan dalam lakonannya.

Terdahulu, Azhan berkata kemalangan yang terjadi itu adalah suratan dan sememangnya tidak dijangka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Faizal Tahir Angkat ‘Ratu’ berada pada kelas tersendiri

“Ratu”  merupakan balada pertama Faizal Tahir selepas 2 tahun

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Rahsiakan Pertunangan? Akhirya Elfira Loy Bercerita Juga

Semakin cantik bakal pengantin ni! Dengarnya, El bakal pelamin Disember ini. Betul ke?

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Tahniah buat kesemua finalis! Tak sabar nak tengok persembahan mereka di pentas AJL 33 tahun depan.

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Jangan pandang sebelah mata menu ini

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Selepas Jalil Hamid, Giliran Khiriah ‘Sekolahkan’ Isu Bayaran Pelakon

Selepas pelakon Jalil Hamid meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah syarikat produksi yang menawarkan bayaran tak masuk akal, kini giliran pelakon Noorkhiriah pula! Khiriah menerusi laman Instagram turut bersetuju dengan status yang ditulis oleh Jalil. “ […]

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Trending Sun, 19 Jun 2022

Mencuit Hati & Menyentuh Jiwa… Mengenang Adibah Noor, Ini Antara Iklan Menarik Lakonan Arwah

Jasamu akan sentiasa dikenang. Jom mengimbau kenangan iklan-iklan yang pernah dilakonkan oleh Allahyarhamah Adibah Noor yang pernah mengiburkan ramai penonton?

error: Content is protected !!