Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 19, 2023 @ 9:58pm

Kongsi Gambar Genggam Tangan, Hafidz Roshdi Sudah Berbaik Dengan Isteri? – “Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami”

Setelah beberapa hari pelakon, Hafidz Roshdi terpalit dengan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri, Wanita Ganggu Rumah Tangga Hafidz Roshdi Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Terkini, Hafidz sekali lagi tampil mengejutkan ramai apabila membuat hantaran di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz memuat naik sekeping foto yang memaparkan tanggannya menggenggam erat tangan Nur Shuhada.

Dalam hantaran tersebut, Hafidz menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya dan keluarga sejak kontroversi tersebut melanda rumah tangganya.

“Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga,” tulisnya ringkas.

Pelakon Bisik Bisik Gelora ini turut mengharapkan doa daripada semua agar ikatan perkahwinannya kekal hingga ke syurga.

“Doakan hubungan kami kekal hingga ke Syurga Firdausi, Amin,” harapnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruang komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Hafidz itu.

Malah ramai juga berpesan agar Hafidz sentiasa menghargai dan menjaga hati isterinya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila isteri Hafidz Roshdi, Nur Shuhada membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Tenang, Hafidz Roshdi Sekali Lagi Bagi Pesanan ‘Allah Maha Pengampun’, Netizen Dakwa: “Curang… Lepastu Tunggang Agama”

ARTIKEL BERKAITAN:  “Saya Mungkin Akan Memaafkan Tapi…” – Isteri Hafidz Roshdi Jawab Permohonan Maaf Athira Yuhada, Serah Semua Kepada Peguam

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Bait Lirik ‘Mungkin Hanya Tuhan’ Dalam Lagu Kaulah Segalanya Cetus Kontroversi, Fedtri Yahya Tampil Buka Mulut – “Siti Nurhaliza Antara Yang…”

Apa pendapat korang mengenai lirik lagu ‘Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya’ yang dikatakan kontroversi ni? 🤔

Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Amelia Henderson Dedah Pernah Hilang Rakan Baik Gara-Gara Bukan Dari Keluarga Kaya  – “Saya Nampak Siapa Ikhlas Berkawan Dan…”

Mesti kawan Amelia tu menyesal kan sekarang? 🤪🤪 Syukurlah dihindari kawan yang seperti ini fuhhh

Featured Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Bekas Peguam Ini Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah – “Knowledge Is Power & She Has It”

Perkongsian yang bagus untuk masyarakat di luar sana. 👍👍👍

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Semua Ni Hasil Titik Peluh Sendiri, Dari Kosong Sampai Siap” – Mekyun Berjaya Miliki Rumah Pertama Sebelum Usia 30 Tahun

Mekyun berjaya mencapai salah satu impian terbesar dalam hidupnya sebelum mencecah usia 30 tahun.

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

JYP Plans to Sue SHAUN if Chart Manipulation Rumours Proved True

His move is to protect his own girl group, TWICE.

Hiburan Thu, 24 May 2018

Kenapa Zizi Kirana Digelar Bodoh Dan Munafik?

Namun, beliau nampaknya tidak mudah melatah apabila Zizi sendiri memohon agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya danmeinta agar netizen berhenti menggelar dirinya munafik.

error: Content is protected !!