Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2018 @ 8:01am

Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir menulis dalam sebuah entri di Facebook beliau memberitahu orang ramai diminta tidak lagi menghantar hadiah kepada ibu dan bapanya.

Hasrat ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali itu disampaikan melaluinya yang mana sebarang pemberian boleh diberikan kepada rumah kebajikan.

“ Ibu amat bersyukur dan menghargai doa serta mesej yang disampaikan kepada mereka suami isteri.

“Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

“Ibu bapa saya akan terus menetap di kediaman mereka sendiri dan tidak akan berpindah ke Seri Perdana (kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya). Mereka lebih selesa tinggal di sana namun kediaman itu tidak mempunyai ruang yang besar,” kata Marina.

Sejak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dua minggu lalu, pasangan suami isteri itu terus menerima ucapan tahniah dan pelbagai kiriman hadiah.

Marina berkata, ibunya berharap orang ramai faham dengan permintaannya “jangan hantar apa-apa untuknya” walaupun Hari Raya bakal menjelang tiba.

“Sebaliknya beliau minta agar orang ramai menyumbangkannya kepada mana-mana rumah kebajikan dan itu lebih menggembirakannya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2024

Didakwa Perlekeh Kaum Iban, Ifa Raziah Teruk Dikritik… Siap Ada Yang Nak Boikot?

Tular tangkap layar mendakwa Ifa Raziah mengkritik kaum Iban

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Wed, 13 May 2026
Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kumpulan K-POP X1 Bubar Selepas 5 Bulan Debut?

Semuanya berpunca daripada penerbit…

Hiburan Mon, 14 Apr 2025
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

CHACHA TAMPAL ‘MAKE UP’ SOROK HIDUNG RETAK

  Baharu sahaja Ahad lalu, Melodi memaparkan hal Chacha Maembong dan penyanyi Didi Astillah terlibat dalam kemalangan kereta. Melalui perbualan telefon waktu itu, Chacha memberitahu dia masih berehat di rumah kerana alami retak pada batang […]

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Siapa Penyanyi Terkenal Yang Baru Ada Akaun Instagram?

Baru dibuka enam hari, penyanyi berusia 48 tahun itu sudah memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram.

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
error: Content is protected !!