Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2026 @ 4:32am

15 Tahun Pakai Implan Payud*ra, Diva M Nekad Buang Demi Kembali Ke Fitrah… Sangkal Dakwaan Berubah Kerana ‘Marketing’

Berubah sepenuhnya atas kerelaan hati sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, personaliti yang semakin dikenali di media sosial, Diva M mengakui keputusan untuk kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki bermula sejak awal 2023.

Diva M atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, 37, berkata, dia mula merasakan sudah tiba masanya untuk berubah selepas melalui pelbagai fasa kehidupan sehingga memilih untuk mencari ketenangan dalam hidup.

“Tak ada sesiapa yang suruh saya berubah atau paksa saya buat keputusan ini. Semua datang daripada hati sendiri. Saya rasa mungkin sudah sampai waktunya untuk kembali kepada kehidupan yang lebih tenang,” katanya.

Menurut Diva M, dia juga tidak pernah mendapatkan nasihat daripada mana-mana ustaz untuk berubah, sebaliknya lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa agar diberikan petunjuk.

“Saya cuma doa dalam solat supaya Allah tunjukkan jalan yang betul sebab saya sedar banyak perkara yang saya buat sebelum ini sebenarnya salah. Jadi perubahan ini memang datang daripada kesedaran diri sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai penghijrahannya, Diva M berkata dia bersyukur kerana tidak pernah melakukan pembedahan membuang alat kelamin walaupun pernah hidup sebagai transgender sejak sekian lama.

“Saya sangat bersyukur sebab tak buat perkara sampai tahap yang tak boleh diubah semula. Alhamdulillah saya masih ada yang original,” katanya sambil ketawa.

Diva M turut berkongsi dia sudah lama mempunyai sifat lembut sejak kecil, namun implan payudara mula dipakai sekitar 15 tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk membuangnya hampir setahun lepas.

Katanya, keputusan membuang implan tersebut dibuat selepas dia mula berasa tidak selesa selain mengalami mimpi yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

“Ketika itu saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena dan saya jadi tak selesa dengan keadaan diri sendiri. Saya juga pernah mimpi meninggal dunia dalam keadaan benda itu masih ada pada badan saya.

“Daripada situ saya terus ambil keputusan untuk buang implan dan berdoa supaya Allah permudahkan perjalanan hidup saya untuk berubah menjadi insan lebih baik,” katanya.

Tambah Diva M, keluarganya langsung tidak mengetahui mengenai pembedahan membuang implan tersebut sehinggalah dia pulang ke rumah dalam keadaan masih mempunyai kesan jahitan di dada.

“Saya memang tak rancang nak beritahu keluarga awal-awal. Bila balik rumah, saya terus tunjuk dekat mak saya yang jahitan itu masih ada.

“Mula-mula mak macam tak percaya. Lepas itu dia peluk saya sambil menangis. Saya masih ingat dia cakap, ‘Ya Allah anak aku’. Waktu itu saya pun sedih juga,” katanya.

Mengakhiri perkongsian, Diva M menjelaskan dia tidak berniat mempengaruhi sesiapa dengan perubahan yang dilakukan, sebaliknya hanya mahu berkongsi perjalanan hidup sebenar yang pernah dilaluinya.

“Saya bukan nak suruh orang ikut atau jadikan ini sebagai content marketing. Saya cuma nak berkongsi realiti hidup saya. Semua orang pernah buat silap dan tersalah jalan sebab kita semua manusia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 25 Aug 2019

叶世荣黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!延续华人摇滚精神

叶世荣、黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!2小时30分钟唱近30首歌曲,延续华人摇滚精神。

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Thu, 29 Aug 2024
Hiburan Sat, 26 May 2018

《娱协30》黄明志以5奖成为大赢家

黄明志早前先以featuring王力宏的《漂向北方》拿下十大原创歌曲奖(国际组),在《娱协30》再下一城勇夺最佳原创金曲、最受欢迎K歌金奖、最佳作词及最佳歌曲制作奖,以5奖成为当晚最大赢家。

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

BTS’ New Album Reaches #1 Even Before Its Release

Damn, these boys know how to break records.

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ustaz Hamadi Begitu DiBenci Sehingga Dapat Ugutan Bunuh?

Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri, Azhan Rani mengakui pernah menerima ugutan bunuh daripada peminatnya. Namun, bagi Azhan beliau sama sekali tidak menganggap itu adalah ugutan bunuh kerana ia sama sekali menunjukkan maklsud yang […]

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

error: Content is protected !!