Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 29, 2024 @ 8:30pm

“Henti Sebar Fitnah, Syukurlah Allah Masih Jaga Aib Kita” – Marissa Dania

Pempengaruh, Marissa Dania berharap agar orang ramai berhenti menyebar spekulasi kerana bimbang isu tersebut akan terjerumus kepada fitnah.

Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini meminta netizen untuk berhati-hati dengan percakapan dan pemikiran.

Dalam perkongsian sama, Marissa turut memberi nasihat kepada pengikutnya untuk bersyukur apabila aib mereka masih dijaga oleh Allah SWT.

“Stop spreading rumours that can lead to fitnah with your assumptions and words, be aware of what you say and think, bersyukurlah aib kita masih Allah jaga,” tulisnya.

Marissa Dania

Sebelum ini, Marissa kehilangan anak sulungnya yang meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang dalam kandungan berusia enam bulan.

Difahamkan, berita duka tersebut hanya diketahui oleh bapanya, aktor Norman Hakim dan keluarga terdekat sahaja.

Manakala ibunya, Abby Abadi tidak dimaklumkan mengenai pemergian cucunya itu.

Sekadar info, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”

Artikel Berkaitan: Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Oct 2025
Hiburan Sat, 29 Jul 2023
Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Selebriti Terkenal Indonesia Puji Doktor Malaysia

Seram juga baca pengalaman bapa Jessica dekat hospital sana…

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Boikot Neelofa Sampai Bakar Tudung?

Wanita ini mengambil tindakan membakar tudung Neelofa atas alasan tidak mahu membawa nama Neelofa kemana-mana sahaja beliau pergi.

Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Tingkat Kesedaran, OhBulan & Seismik Lancarkan Kempen “Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu”

Menerusi kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, OhBulan dan Seismik, melalui kerjasama rapat dengan Hello Doktor, mengambil langkah proaktif.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Drama Tue, 3 Feb 2026
error: Content is protected !!