Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 2:53pm

Tingkat Kesedaran, OhBulan & Seismik Lancarkan Kempen “Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu”

Dalam kalangan masyarakat di mana perbincangan mengenai kesihatan seksual sering diabaikan, impaknya amat dirasai.

Dengan jumlah kes sebanyak 18,000 kehamilan remaja setiap tahun serta peningkatan kes gangguan seksual, Malaysia berdepan dengan cabaran yang ketara.

Menerusi kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, OhBulan dan Seismik, melalui kerjasama rapat dengan Hello Doktor, mengambil langkah proaktif untuk menangani isu-isu ini.

Bermula dari 1 November hingga 30 November 2024, inisiatif ini bertujuan memupuk perbualan terbuka dan berinformasi mengenai pendidikan seks, dengan tumpuan khusus kepada usaha memecahkan stigma dalam kalangan komuniti Melayu.

Kenapa “Peduli Seks”?

Pendidikan seks sering dianggap sebagai topik sensitif dan tabu. Namun, mengetengahkan isu ini adalah sangat penting kerana ia menggalakkan tingkah laku yang sihat, memperkasakan individu dengan pengetahuan asas, membanteras maklumat palsu, meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual dan antunan seksual, serta mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran hidup.

Kempen “Peduli Seks” berteraskan empat tunjang utama :

Kesihatan: Perbincangan mengenai kesihatan lelaki dan wanita, termasuk kontraseptif dan kesihatan reproduktif.

Keluarga & Hubungan: Meneliti kepentingan persetujuan antara pasangan, mengenal pasti tanda-tanda penderaan emosi, fizikal, dan seksual, serta menggalakkan dinamik hubungan yang sihat.

Komuniti: Menghubungkan orang ramai dengan organisasi yang menawarkan sokongan di samping menangani isu sosial kritikal seperti gangguan seksual dan antunan seksual.

Dasar & Advokasi: Meningkatkan kesedaran mengenai dasar tempatan dan nasional berkaitan kesihatan seksual, serta menggalakkan penglibatan awam dalam memperjuangkan pendidikan seks yang menyeluruh.

Mendekati Rakyat Malaysia Melalui Pelbagai Medium

Bagi memastikan agar kempen ini dapat menjangkau semua lapisan masyarakat,  “Peduli Seks” akan menggunakan pelbagai medium, termasuk:

* Artikel dan video informatif
* Podcast dan sesi Siaran Langsung di YouTube
* Iklan TV, papan iklan, siaran di akhbar

Sebagai pusat digital kempen, laman mikrosite khusus says.com/peduliseks akan berfungsi sebagai platform sehenti untuk semua kandungan kempen, termasuk perkongsian cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO.

Selain itu, tanda pagar #PeduliSeks akan digunakan untuk berinteraksi dengan audiens di pelbagai platform media sosial bagi meluaskan lagi capaian penting ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025

Kes Anak Dir*gol Depan Mata: Ibu, Kekasih Warga Emas Ditahan Polis

seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya.

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

DICOP PENJENAYAH! IFA RAZIAH BUAT LAPORAN POLIS

Kesal kerana selepas sahaja peristiwa itu, dia ingin menamatkan sahaja isu perbalahan ini dan menunggu Roslan datang kepadanya dan meminta maaf

Hiburan Thu, 26 Dec 2024

Ada Hiasan Pokok Krismas Dalam Rumah, Sasha Abdul Aziz Dikritik

Ada pokok krismas dalam rumah, Sasha Abdul Aziz dikritik

Events Mon, 30 Dec 2024
Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Sun, 20 May 2018

Kali Pertama Berjauhan Keluarga, Nabila Razali ‘Homesick’

‘Homesick’. Itulah yang tepat untuk menggambarkan keadaan Nabila Razali yang kini berada di Turki bagi menjalani penggambaran drama terbaru Cintaku Di Bumi Izmir.

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

Atikah Suhaime Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Lyla Mulan Teh

Tahniah Atikah Suhaime dan suami timang baby girl.

Events Fri, 20 Sep 2019

光良任霹雳旅游大使!计划在当地开演唱会和拍MV

出生自马来西亚怡保的国宝级歌手光良被委任为期两年的「霹雳旅游大使」推广当地旅游,为自己的家乡尽一份力。

error: Content is protected !!