Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri May 20, 2018 @ 3:30pm

Kali Pertama Berjauhan Keluarga, Nabila Razali ‘Homesick’

‘Homesick’. Itulah yang tepat untuk menggambarkan keadaan Nabila Razali yang kini berada di Turki bagi menjalani penggambaran drama terbaru Cintaku Di Bumi Izmir. Beliau mengakui amat merindui ahli keluarganya selepas hampir dua minggu meninggalkan mereka.

Ini kali pertama beliau berjauhan dengan ahli keluarga membuatkan penyanyi, Nabila Razali gagal mengawal emosi sehingga menitiskan air mata.

Nabila turut memuat naik sekeping foto bersama ibu bapanya bersama kapsyen, “Sejenis Rindu”.

 

“Saya menangis kerana terlalu rindukan keluarga di tanah air. Air mata saya tiba-tiba mengalir apabila panggilan video yang dibuat tidak dijawab kerana waktu di Malaysia ketika itu sudah lewat malam.

“Hampir setiap hari saya akan menghubungi keluarga untuk bertanya khabar. Bayangkan setiap kali dapat mendengar suara mereka saya pasti sebak dan tak sabar nak pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nabila, selain berjauhan dengan keluarga tercinta dia turut merasai pengalaman berpuasa buat kali pertama di luar negara.

“Saya akan berada di sini hingga minggu ketiga puasa. Ini adalah pengalaman kali pertama saya berpuasa selama 17 jam.

“Tapi Alhamdulillah, tak ada rasa lapar sangat sebab mungkin sibuk nak habiskan penggambaran dan tak fikir soal makan,” katanya.

 

Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Da’I Adam Mahu Dikenali Sebagai Pendakwah Bukan Penyanyi

Orang yang pernah rasa kehilangan sahabat pasti faham dengan situasi saya…

Filem Tue, 10 Oct 2023

“Batal Tayangan Pagari Bulan, FINAS Buat Apa?” – Michael Ang Luah Rasa Terkilan

Kalau Mic tak bagi tahu, serious tak tahu kewujudan Pagari Bulan 😅😖

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

《再见萤火虫》导演高畑勋病逝!享寿82岁

日本动画产业巨匠高畑勋6日传出死亡消息,享寿82岁。关系者透露去年夏天起,大师就因为身体状况住院好几次了,突如其来的消息也让许多动画迷感到相当可惜。

Hiburan Mon, 17 Jul 2023
Featured Fri, 16 Aug 2024
Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Jangan Simply Label Orang Perempuan Murah, Suruh Adik You Move On” – Saidah Kamarudin

Saidah mengaku kenyataannya sebelum ini adalah untuk pertahankan diri

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Rosmah Mansor Hadir Di SPRM Pagi Ini

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11 bersama dengan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev.

error: Content is protected !!