Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 20, 2022 @ 5:05pm

Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Berhubung kemelut rumah tangga yang dialami oleh pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof berkaitan diganggu oleh orang ketiga sehingga kini masih belum menemui kata putus daripada kedua-dua belah pihak.

Malah, Puteri Sarah baru-baru ini mendedahkan ‘modus operandi’ yang digunakan oleh indivdu bernama Ira Kaza, iaitu anak kepada pelakon veteran, Kaza demi merosakkan mahligai bahagia bersama Syamsul.

Menerusi sebuah video TikTok milik @Choco Zain, Puteri Sarah berkata dia terpaksa menghadap buli siber yang dilakukan oleh Ira Kaza, semenjak empat tahun lalu sehingga sekarang.

“Dia macam siberbuli. Orang macam ini dia tak gembira dengan kehidupan sendiri sebab itu dia kacau orang lain. Sekarang saya nak bagitahu sebab sebelum ini orang tidak tahu macam mana saya kena.

“Dulu bila saya dengan suami dekat rumah, tengah happy.. ada saja fake account yang DM saya. Nak kacau mental saya, cuba nak psycho.

“Dia saja nak saya fikir bukan-bukan pasal suami saya. Lepas itu, saya dan suami akan gaduh. Itu modus operandi dia, suka kacau mood orang,” jelasnya.

Tambah aktres jelita itu, tindakan Ira Kaza disifatkan sebagai seorang ‘Attention Seeker’ dan membuatkan dirinya menangis serta kerap bergaduh dengan Syamsul, yang juga seorang pengarah terkenal.

“Masa mula-mula saya kena, tak faham lagi. Asyik menangis.. Asyik bergaduh dan fikir bukan-bukan. Sekarang, modus operandi dia dah tak jalan (berhasil).

“Selalu orang ketiga dia akan buat macam itu, demi dapatkan perhatian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut ditanya soal dia tidak takut terus menyebut nama orang ketiga? Jawabnya, tidak kerana dia sudah lama memendam perasaan sakitnya seorang diri dalam hati.

“Tak! Sebab dulu saya tak pernah mention. Saya dah malas nak simpan! Dulu saya kena macam ini, saya simpan. Kemudian kacau mood, saya selalu lepas marah dekat anak-anak. Syaikhul yang kena, kesian dia. Rasa sedih pun ada.

“Saya tak nak off DM. Sebab itu akan menunjukkan saya takut,” jelasnya

@chocozain

be Strong #puterisarah …. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari musibah. #artismalaysia #fyp #fypシ

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Artikel Berkaitan: “Mana Mahu Lari? Persiapkan Diri Anda…” – Puteri Sarah Beri Amaran, ‘Muak’ Diganggu Pihak Ketiga

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Bangkai Bernyawa” – Puteri Sarah Akui Tidak Mahu Berdepan Penderaan Emosi & Mental

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ini Respons Kazar Saisi

Artikel Berkaitan: “Kita Pakai 2 Lawyer Lah… Ke Pakai 10 Lawyer Macam Siti Bainun?” – Puteri Sarah Upah Peguam ‘Settle’ Kes Wanita Kaki Sondol

Artikel Berkaitan: “Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

Artikel Berkaitan: “See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Trending Tue, 24 Sep 2019

Surgical Mask VS N95 Respirator; Which is Best in Malaysian Haze?

These are the reasons on why you shouldn’t wear surgical mask in the haze.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

首韩团BTS帅踏《2017全美音乐奖》红毯

《2017全美音乐奖》20日(当地时间19日)在美国洛杉矶举行,然而除了欧美歌手齐聚一堂外,另一焦点就是来自韩国的防弹少年团(BTS)将以表演嘉宾的身份出席,也是韩团的第一人。

Featured Fri, 27 Oct 2023
error: Content is protected !!