Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 8, 2025 @ 7:07pm

Gabung ‘Lineup’ Artis Malaysia & Indonesia… Kunto Aji, Pamungkas, Bunkface Gegar Latihan Pestapora Malaysia Yang Pertama!

Kolaborasi antara penganjur konsert terkemuka Malaysia, Hitman Solutions, dan penganjur asal festival Pestapora Indonesia, Kiki Ucup menjangkakan akan memberikan pengalaman muzik yang luar biasa yang sebelum ini hanya boleh dinikmati di Indonesia.

Acara latihan Pestapora yang akan berlangsung pada 26 Julai depan turut menampilkan persembahan dari artis terkemuka tanah air seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, Salammusik, Yonny boi dan ramai lagi.

Malah, tidak lengkap jika barisan artis terkemuka Malaysia itu tidak dipadankan dengan kehadiran penyanyi popular Indonesia seperti Kunto Aji, Pamungkas, Barasuara Hindia dan ramai lagi pada acara berkenaan.

Festival ini pastinya akan menyajikan pelbagai genre muzik seperti pop, rock, alternatif, hip-hop hingga ke indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun.

Menurut Rohit selaku pengasas Hitman Group, ini adalah inisiatif untuk menarik peminat di Malaysia untuk sama-sama turut serta dalam festival muzik yang sebelum ini pengalamannya hanya dapat dirasai di Indonesia.

“Setiap tahun ribuan peminat Pestapora dari Malaysia akan ke Jakarta untuk hadir ke festival tersebut. Melihat keupayaannya menyatukan orang ramai melalui muzik, kami mahu rakyat Malaysia turut merasai magisnya.

“Lebih 2,000 tiket terjual tanpa ‘lineup’ membuktikan ramai yang mengetahui tentang dan percayakan jenama PESTAPORA untuk bawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan
gabungan budaya dalam satu festival.

“Latihan Pestapora adalah seperti ‘preview’ kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk terbang ke Jakarta untuk festival utama serta buat peminat yang ingin bersiap sedia untuk acara utama dengan hadir di latihan dahulu,”katanya.

Manakala, bagi Pengarah Festival Pestapora dan  Pengasas bersama Boss Creator, Kiki Ucup berkata, ini adalah cara untuk penggiat seni dan komuniti menonjolkan karya muzik mereka.

“Latihan Pestapora tahun ini kami cuba sesuatu yang baru iaitu melebarkan sayap ke Malaysia bersama Hitman Solutions kerana kami melihat potensi besar Pestapora di Malaysia.

“Harapannya, acara ini dapat menjadi fasilitator buat para penggiat seni dan komuniti dari kedua-dua negara untuk saling memperkenalkan dan menonjolkan karya masing-masing kepada para peminat,” jelasnya.

Jadi, kepada peminat muzik yang mahu merasai ‘preview’ kepada edisi utama Pestapora di Jakarta pada September nanti jangan lupa dapatkan tiket Kategori tiket:
● General Admission – RM129 ke atas
● Rockzone – RM199 ke atas
● Kanak -Kanak – RM70
● Akses Express Lane – tambahan RM100

Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web www.latihanpestaporamalaysia.com. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian +6012-2655783 atau emelkan ke
[email protected].

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Feb 2025
Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Dikritik Guna Daun Limau Dalam Resepi Nasi Lemak, Ramai Tampil ‘Back Up’ Khairul Aming

Kesian Khairul Aming, lepas satu.. satu kontroversi. Setiap orang kan ada cara masakan sendiri, apapun min suka pula tengok periuk tu

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 20 Feb 2025

“Kenapa Soal Bersentuhan Selalu Ditanya Kepada Wanita Berhijab?” – Kenyataan Hannah Delisha Dipertikai Warganet

Hannah Delisha mempersoalkan sama ada pelakon tidak berhijab boleh bersentuhan

Hiburan Tue, 24 Mar 2020

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Sentiasa setia bersama rangkaian televisyen dan digital kami untuk segala maklumat yang berkualiti dan pantas.

error: Content is protected !!