Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 20, 2024 @ 5:00pm

Tiada Job Berlakon, Azri Iskandar Dakwa Nama Ditolak Stesen TV – “Lakonan Saya Yang Mana Tak Bagus?”

Pelakon Azri Iskandar mendakwa namanya sering ditolak oleh stesen televisyen (TV) biarpun mendapat banyak tawaran berlakon.

Azri ketika ditemui XTRA berkata, dia berasa harian serta mempersoalkan mengapa tindakan tersebut diperlakukan terhadap periuk nasi beliau.

“Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama di stesen televisyen, stesen tak lulus. Saya rasa hairan juga.

“Apa yang tak boleh dengan saya? Lakonan saya yang mana tak bagus? Sedangkan saya tahu, saya boleh buat semua,” katanya.

Ujar Azri lagi, dia juga tidak menerima sebarang penjelasan daripada pihak stesen TV berkenaan perkara tersebut, namun, sedang mencari jalan penyelesaian.

“Saya belum minta penjelasan lagi sebab saya tidak berpeluang berjumpa dengan pegawai stesen televisyen.

“Kalau saya jumpa, saya akan tanya apa kriteria yang mereka pilih. Saya nak tahu kenapa pelakon lain dapat watak itu dan saya tak dapat.

“Itu untuk watak ayah-ayah yang handsome dan lain-lain,” ujarnya.

Jelas bekas suami kepada aktres Ellie Suriaty itu lagi, dia menepis dakwaan perkara tersebut terjadi gara-gara kontroversi kisah percintaan sebelum ini.

“Saya tak rasa sebab kontroversi. Kontroversi semua berlaku tahun lepas. Lama dah.

“Saya terima banyak job lepas cerita lama itu. Cuma sekarang ini yang tiada,” jelasnya.

Terdahulu, Azri dalam program hiburan popular TV3, Melodi mendedahkan dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Izzara Aishah Memilih Watak?

Bila dah kahwin, suami akan teliti skrip yang ditawarkan dulu.

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian is Upset at Tristan Thompson Cheating Allegations

How could anyone cheat on their pregnant partner?!

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Taeyang dan Hyo Rin juga dikatakan bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka secara tertutup dan akan dihadiri oleh teman-teman rapat mereka sahaja

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Super Junior’s Donghae and Eunhyuk is Going Around Russia Asking for Food

They’re knocking from door to door at a neighbourhood in Russia.

error: Content is protected !!