Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 7, 2024 @ 9:00pm

Kerjasama United Nine Creative & Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad, Filem ‘Pusaka Hanafi’ Bakal Jalani Penggambaran Hujung Tahun Ini

Naskhah yang mengambil inspirasi kisah dan falsafah Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad, pengasas dan pemimpin Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi sebagai jalan cerita utama bakal difilemkan.

Karya berjudul Pusaka Hanafi itu bakal diterbitkan oleh United Nine Creative Sdn Bhd dengan usahasama Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad dijangka bakal menemui penggemar filem pada tahun hadapan.

Pengumuman mengenai filem itu diadakan di majlis memorandum persefahaman antara United Nine Creative Sdn Bhd dan Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad bersempena Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi 1446H/2024 di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth, Butterworth, baru-baru ini.

Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi merupakan satu perhimpunan yang mengumpulkan tenaga pengajar seni Silat Cekak Pusaka Hanafi seluruh negara bagi mendengar hasrat dan amanat pucuk pimpinan persilatan (guru utama) dan persekutuan.

Semua tenaga pengajar dan jurulatih seni Silat Cekak Pusaka Hanafi merupakan cabang pertahanan dan budaya negara. Disamping itu, majlis terbabit diraikan oleh ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi melalui anugerah khas guru utama pewaris mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi melalui cetusan buah fikiran Guru Utama, Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Haji Hanafi.

Filem mengangkat tema kenegaraan dan budaya Pusaka Hanafi ini akan memulakan persiapan awal penggambaran pada bulan Disember 2024 dan penggambaran bakal dijalankan di beberapa lokasi seperti Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.

Filem ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Malaysia dan Indonesia. Barisan pelakon akan digabungkan melalui filem ini dengan garapan kesatuan Melayu dan adab-adab budaya Melayu. Jangkaan filem ini akan siap dan ditayangkan adalah pada akhir tahun 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Featured Mon, 30 Sep 2024

Didakwa Sengaja Pusing Cerita Isu Kematian Bayi Marissa, Abby Abadi Tampil Respons – “Kenapa Susah Sangat Nak Percaya?”

Tak habis lagi isu ni ek😅 Depa pun dah okay so, kita doakan je lah yang baik-baik.

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

Fasha Sandha mempertahankan gandingannya dalam drama bersiri Doa Yang Terlindung.

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

Events Tue, 3 Apr 2018
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

error: Content is protected !!