Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 11, 2024 @ 12:07pm

Yasmin Hani Rapat Dengan Bekas Suami Demi Anak, Pilih Jadi Ibu Bapa Yang Bertamadun Selepas Berpisah

Pengacara dan pelakon Yasmin Hani mengakui dia selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha’arin Razali demi anak-anak.

Menurut Yasmin, mereka lebih kerap berkomunikasi dan rapat selepas berpisah kerana mahu memastikan anak-anak membesar dengan baik meskipun sudah bercerai.

Malah, Yasmin turut menyatakan mereka lebih selesa menjadi ibu bapa yang bertamadun meskipun sudah berpisah kerana enggan anak-anak terkena tempias perceraian.

“Sekarang, hubungan saya dan Sha’arin masih baik dan rapat. Malah, boleh dikatakan kami lebih banyak berborak bersama berbanding saya dengan Alif Hadi (kekasih) sendiri, terutama untuk mengatur pengurusan anak-anak ke sekolah.

“Kami memilih untuk lebih bertamadun dengan mengelak mencaci maki sesama sendiri walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Ini kerana, kami tidak mahu anak terkena tempias daripada perceraian yang berlaku,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Yasmin menyatakan dia tidak sangka hubungannya dengan bekas suaminya agak baik selepas bercerai dan sentiasa mendoakan agar lelaki itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

“Saya pun tak sangka yang kami boleh jadi baik dan rapat selepas bercerai demi anak-anak. Dia (Sha’arin) banyak bantu dalam pengurusan anak-anak dan saya sentiasa mendoakannya agar dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki.

“Kami juga merancang membawa anak-anak bercuti di Bali, Indonesia pada Mac depan dan turut meraikan hari lahir Sha’arin di sana. Tidak hanya itu, kami turut mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.

“Sha’arin memang ada sebut nak membawa anak-anak untuk mengerjakan umrah bersama. Jadi, saya ada mengatakan padanya mahu ke Tanah Suci juga untuk tunai umrah buat pertama kali dengan menyertai mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Yasmin mengakui ramai wanita yang berhadapan masalah yang sama meminta nasihat daripadanya selepas melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya.

“Saya ada menerima mesej langsung (DM) daripada individu yang mahu meminta cerai dan sudah berpisah bagi mendapatkan nasihat menjaga hubungan baik demi anak mereka dengan bekas pasangan.

“Tapi, apa yang boleh saya kata, fikir panjang dulu sebelum buat keputusan bercerai dan jangan berebut anak,” jelasnya.

Terdahulu, Yasmin dan Sha’arin telah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Featured Mon, 18 Oct 2021

Treler Baharu The Batman Tonjol Sisi Gelap Robert Pattinson

Produksi Warner Bros telah melancarkan treler terbaru filem superhero, The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem itu. Treler yang dilancarkan di DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat DC Comics. […]

Featured Mon, 3 Sep 2018

Selepas Menteri Kewangan Mengambil Tindakan, Tiada lagi Cukai 6% Untuk Kad Tambah Nilai Prabayar

Bolehlah tarik nafas lega bagi anda yang selalu tambah nilai prabayar!

Cahaya Mata Thu, 19 Jan 2023

Anak Emma Maembong Pura-Pura Nangis, Tapi Air Mata Tak Keluar – “Ada Bakat Lakonan Macam Mak Dia…”

Anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat comel dan bijak. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram yang memaparkan anak sulung lelakinya itu sedang pura-pura […]

Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Events Tue, 9 Jul 2019

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!从小对榴莲有阴影

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!虽然常来大马,但自小就对榴莲有阴影……

Trending Sat, 21 Aug 2021
error: Content is protected !!