Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 20, 2024 @ 2:20pm

Jom, Kongsi Video Nyanyian Anda Sebelum 22 September 2024! Anda Mungkin Berpeluang Jadi Juara XTRA XSTAR & Bergelar Artis Rakaman

Portal hiburan XTRA melancarkan kempen pencarian bakat baharu dalam dunia nyanyian secara digital, XTRA XSTAR. Kempen ini bertujuan untuk mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam dunia nyanyian melalui platform media sosial.

XTRA XSTAR merupakan inisiatif terbaharu portal XTRA yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada para bakat muda di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian. Dengan semakin pesatnya perkembangan teknologi dan platform media sosial, kempen ini membuka ruang yang lebih luas kepada mereka yang berbakat untuk diketengahkan kepada umum tanpa batasan geografi.

Adakah anda XTRA XSTAR yang kami cari? Cepat, hantarkan penyertaan anda sebelum 22 September 2024!

Berikut adalah cara-cara mudah untuk menyertai XTRA XSTAR:

  • Rakam video nyanyian anda di TikTok. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.

    Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2024 dan tag @xtra_my sebelum 22 September 2024!

  • Tiada had umur! Semua orang boleh sertai XTRA XSTAR

  • Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman dan pengurusan.

  • Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Para peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, kualiti vokal dan keunikan persembahan mereka oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal serta penggiat industri muzik tanah air. Selain itu, peminat juga berpeluang untuk menyokong peserta kegemaran mereka di pusingan Top 20 melalui undian yang akan dijalankan di portal XTRA dan lima peserta Top 5 dengan undian tertinggi bakal melangkah ke pusingan akhir.

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Mar 2025
Featured Wed, 9 Apr 2025

“Tiada Yang Boleh Jadi Ubat Pada Manusia Kecuali Zikir..”- Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi tips yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Featured Fri, 24 May 2024

Isu Ahli Kumpulan SMDX Dilabel Sombong, Pihak Pengurusan Tampil Mohon Maaf

Moga apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Mereka pun dah minta maaf kan…😎✌️

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖项,为中文电影增光。

Trending Wed, 11 Aug 2021
Trending Tue, 28 Dec 2021

Tragedi Pitam Atas Pentas Viral Di TikTok… Usahawan Muda Ini Didakwa Buat Gimik, Ada Netizen Tuduh Tak Sensitif Mangsa Banjir

Insiden yang melibatkan usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, yang pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara menjadi buah mulut netizen. Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @mummy_myra yang merakam tragedi terbabit […]

error: Content is protected !!