Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 1:35pm

“Ini Adalah Cetak Rompak Alaf Baru” – Jual & Pamer Video Konsert Wings Secara Haram, Individu Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Pengarah urusan Rumah Produksi Merah (RPM) Datuk Eddy Amir Salah memberi amaran tegas kepada pihak yang memuat naik video kandungan konsert milik syarikat terbabit. serta mengenakan caj, untuk menurunkannya serta merta.

Menurutnya, pihak RPM akan mengenakan caj untuk menurunkan mana-mana video atau bahan melibatkan kandungan video konsert.

Dan, sekiranya pihak tersebut masih berdegil dan enggan berbuat demikian,  pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas.

“Apa yang mereka buat adalah membeli tiket Wings di tempat paling hadapan dan membuat rakaman penuh.

“Malah, ada juga yang mengadakan sesi siaran langsung. Kemudian, mengenakan caj langganan bulanan.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu difahamkan mengenakan caj antara RM16 hingga RM60 sebulan. Ini adalah cetak rompak alaf baru. Jika tidak dibendung, ia boleh menjejaskan penganjur konsert seperti kami.

“Berapa banyak mereka boleh buat duit hasil kerja haram ini. Kami bukan bercerita mengenai kerugian tetapi impak kepada industri muzik,” katanya.

Sedar perkara ini bukan isu tabu dalam kalangan masyarakat, RPM sekaligus enggan isu sama terus berlarutan dan berhasrat untuk bertemu dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengetengahkan isu cetak rompak digital.

“Ini bukan isu baharu. Sudah banyak konsert lain yang pernah menjadi mangsa.

“Pertemuan ini diadakan untuk mencari kata sepakat untuk mengekang permasalahan ini terus berleluasa.

“Jika diikutkan, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan amaran yang telah tertera di tiket iaitu larangan untuk membawa peranti dan merakam sepanjang konsert berlangsung.

“Tapi kami belum sampai ke tahap itu. Jadi, kami beri amaran ini untuk menurunkan posting tersebut,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pihak berkenaan turut mengaut keuntungan berlipat kali ganda bahkan mengganggu proses penjualan kandungan kepada pihak berlesen.

Sementara itu, Awie juga berasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit apatah lagi sanggup menjual barangan eksklusif Wings seperti t-shirt tiruan.

“RPM merupakan pengeluar sah kepada barangan eksklusif Wings namun, masih ada pihak yang menciplak dan menjual secara haram.

“Ini juga antara masalah yang sedang kami hadapi ketika ini,”ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 21 May 2020

Tiada Lagi Rentas Negeri Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

kenderaan yang tertangkap ketika cuba rentas negeri akan dikenakan kompaun

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Sebulan Di Penjara, Isteri, Anak Mula Rindu Ahmad Dhani

Semoga Mulan Jameela terus kuat mengharungi cabaran yang sedang dilalui ini…

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Walau RM1 Sangat Bermakna Untuk Mereka”- Putra Amaris ‘Kongsi Rezeki’, Bantu Anak Tahfiz & Pesakit Kanser

Seramai 100 orang anak tahfiz sekitar Kuala Lumpur berjaya dikumpulkan untuk malam ‘Tahfiz Beselawat’ ini.

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

“Farid Kamil, Diana Danielle Sudah Sebulan Tidak Tinggal Sebumbung” – Peguam

Peguam syarie mewakili Diana Danielle, iaitu Datuk Akberdin memaklumkan pasangan selebriti ini sudah sebulan tidak tinggal sebumbung 😢

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Instagram Ziana ‘Dihujani’ Ribuan Komen Positif

Petikan kata-kata itu mendapat lebih 8,000 ‘like’ selain menerima kira-kira 400 komen yang rata ratanya mahu Ziana terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Events Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!