Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2025 @ 12:20pm

“Walau RM1 Sangat Bermakna Untuk Mereka”- Putra Amaris ‘Kongsi Rezeki’, Bantu Anak Tahfiz & Pesakit Kanser

Pelakon, Putra Amaris meluahkan rasa syukur apabila dapat mengadakan Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025.

Kata Amaris, kutipan dan sumbangan yang dikumpul seratu peratus akan diserahkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Keramat.

“Hari ini adalah hari untuk mengumpulkan dana untuk anak-anak ini dan total seratus peratus akan disalurkan kepada pihak tahfiz.

“Sasaran memang ada, tapi berapa pun yang akan diterima kami menerima secara terbuka.

“Walaupun seringgit ia sangat bermakna untuk anak-anak ini.

“Bagi mereka yang tak berkesempatan datang pun, mereka masih boleh berinfaq menerusi akaun yang kami sediakan.

“Selain anak-anak tahfiz, sasaran kami juga akan membantu anak-anak sakit kanser bawah pantauan kami. Mereka perlukan susu, pampers dan banyak lagi,” ulasnya.

Amaris atau nama penuhnya, Amran Ismail, 39, berkata demikian ketika ditemui pada Program Kongsi Rezeki: Tahfiz berselawat 2025 yang berlangsung di Warung Pagi Pagi Federal Hill, pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai perbezaan program kongsi rezeki pada tahun lalu, Amaris menjelaskan, 2024 adalah tahun dimana bantuan diagihkan kepada golongan asnaf, anak tahfiz dan juga ke rumah orang tua.

Manakala, pada tahun ini program kongsi rezeki dikhaskan kepada anak tahfiz serta pesakit kanser daripada Adina Charity Circle.

“Alhamdulillah kalau anda semua perasaan tahun lepas, kami semua membantu pihak asnaf dan sahur bersama anak tahfiz dan rumah orng tua-tua yang memerlukan tapi tahun ni khas untuk anak tahfiz dan pesakit kanser.

“Kami akan kumpulkan 100 orang anak tahfiz dari empat buah rumah dan 50 anak-anak pesakit kanser dari Adina dan saya harap lebih ramai yang akan terlibat untuk mereka ini.

“Kami juga tak lupa anak-anak yatim dan gelandangan (homeless) yang memerlukan bantuan berterusan bukan hanya dalam bulan Ramadan sahaja. Insya-Allah, dengan team Kongsi Rezeki sekarang kami teruskan usaha ini sampai hujung tahun termasuklah progam Infaq Surau.

“Infaq Surau ini kami akan bersihkan segala telekung, kain pelikat tukar yang baru selain bersihkan surau dengan izin Allah.

“Bukan itu sahaja, kami juga menganjurkan program Kembara Sahur di mana kami akan sampaikan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada keluarga-keluarga yang telah dikenalpasti amat memerlukan.

“Memang kesusahan atau kesukaran hidup itu cabaran buat mereka, tetapi sebenarnya itu juga ujian buat kita semua,” katanya.

Terdahulu, dengan misi mengumpul dana bagi pembangunan infrastruktur institusi tahfiz yang menempatkan anak-anak tahfiz di sekitar Kuala Lumpur, program buka puasa amal bersama generasi Al-Quran yang diberi tajuk “Tahfiz Berselawat” ini diadakan dalam bulan Ramadan yang penuh berkat khasnya bagi menggalakkan semangat beramal selain menyokong anak-anak tahfiz dari pelbagai aspek.

Dalam pada itu, program ini juga berjaya menghimpunkan 100 orang anak-anak tahfiz sekitar Kuala Lumpur. Dimana, mereka akan terlibat dalam tazkirah ringkas bersama ustaz dan Habib Syeikh Mahmood Al Wasoobi.

Manakala, bagi kutipan dana pula, ia dikumpulkan melalui penjualan meja berbuka puasa dan hasil kutipan jualan tersebut  akan disalurkan terus pusat tahfiz terpilih.

Selain itu, program ‘Kongsi Rezeki’ inijuga akan diteruskan pada 22 Mac 2025,  bertempat di Saloma, Kuala Lumpur.

Sebanyak 30 meja bersamaan 300 kerusi akan dijual, dan hasil kutipan juga akan disumbangkan kepada Maahad Tahfiz serta sebahagiannya diinfaqkan kepada Pesakit Kanser Kanak-Kanak melalui Adina Charity Circle.

Semua dana yang terkumpul akan disalurkan terus kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, dengan sebahagian digunakan untuk membayar kos lokasi berbuka puasa.

Sumbangan akan terus di infaqkan

Bagi mereka yang ingin berinfaq kepada anak-anak generasi Al-Quran ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB: 8602008531 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah.

Justeru, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan impian anak-anak tahfiz, sokongan daripada pelbagai pihak, termasuklah orang perseorangan,  komuniti, dan syarikat korporat amat dialu-alukan terutama untuk bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Untuk makluman, pihak Kongsi Rezeki juga menegaskan tidak mengambil sebarang keuntungan daripada sumbangan yang diberikan oleh pihak-pihak terlibat dan segala infaq akan terus disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Program ini jug adalah sebahagian daripada usaha murni pihak Kongsi Rezeki dengan kerjasama dari Warung Pagi Pagi, Softrein, Bateriku.com dan Bigo Live untuk menjalankan tanggungjawab sosial serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh berkat ini.

Sekadar info, kumpulan nasyid terkenal Raihan turut hadir bersama-sama pada malam ‘Tahfiz Berselawat’ ini untuk sama-sama memeriahkan acara selain terlibat dalam rakaman Takbir Raya yang dijalankan bersama-sama anak tahfiz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Studio Radio Baharu Media Prima Audio Diperkasa Teknologi EV Sun & Metaspace

Media prima audio guna teknologi AI secara menyeluruh

Hiburan Tue, 7 May 2019

E! News Dedah Rahsia Kulit Cantik Pelakon Pujaan Hati Kanda Ini, No 3 Paling Penting!

Nak tahu apa sebenarnya skincare produk yang pelakon wanita ini gunakan? Jangan lupa temui jawapannya di E! News

Featured Fri, 5 May 2023

Tak Henti Terima Kecaman, Netizen Pertahankan Miera Leyana… Dipuji Mesra Bersama Anak Tiri – “Nampak Ikhlas Sangat”

Bak kata Miera Leyana, ada dua penceritaan yang berbeza dalam konflik rumah tangga mereka 😌

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

“Saya Maafkan Mereka Yang Aniaya Anak Saya” – Ibu Syed Saddiq

Ibu Syed Saddiq harap pihak menganiaya anaknya akan dapat hidayah

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Featured Wed, 20 May 2020
Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Hiburan Thu, 20 Oct 2022

“Shuk Ke Tu?” Netizen Terhibur Dengan Penampilan Shuk Sahar Dalam Live

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar kini mula aktif dilaman sosial miliknya. Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dalam siaran langsung di TikTok […]

error: Content is protected !!