Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 9, 2019 @ 1:34pm

Gigi anak rosak teruk gara-gara menyusu botol? Ketahui panduan cegah karies susu

Tidak keterlaluan dikatakan ramai ibu bapa yang mengambil remeh soal penjagaan gigi anak-anak kerana menganggap mereka baru melalui fasa gigi susu dan bukannya gigi kekal.

Mungkin ramai yang tidak tahu gigi susu lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis. Disebabkan itulah, ada kes di mana gigi anak hancur seperti kapur.

gigi anak rosak

Foto: Liputan6.com

Ditambah pula anak kuat menyusu botol dan ia akan menyebabkan wujudnya bakteria dalam mulut serta gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya.

minum susu botol rosak gigi

Foto: Tribunnews.com

Situasi ini dipanggil sebagai karies susu dan jika tidak dijaga dari awal, ia akan merosakkan struktur gigi serta menyebabkan kesakitan, infeksi, penanggalan gigi serta pelbagai penyakit berbahaya berkaitan gigi.

Jadi kepada ibu bapa, jangan leka dan abaikan penjagaan serta kesihatan gigi anak-anak. Jom semak panduan mencegah karies susu di bawah.

1. Berus atau cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama anak tumbuh.

2. Bawa anak jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan anak dengan suasana klinik gigi dan peralatannya.

cuci gigi anak

Foto: Dhgate.com

3. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.

4. Jangan biarkan anak tertidur dengan botol yang mengandungi susu atau air manis.

gigi anak rosak minum susu botol

Foto: Expecting Science

5. Jika anak sudah tidur lena selepas menyusu botol, pastikan cabut puting susu dan gantikan dengan air masak dalam botol lain untuk membilas sisa susu yang melekat pada gigi.

6. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat dan galakkan anak minum menggunakan cawan atau sudu.

7. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu anak anda.

8. Elakkan memberi mereka ‘jajan,’ makanan atau minuman manis.

9. Ibu bapa atau penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi. Angkat bibir atas anak untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.

gigi anak rosak gara-gara minum susu botol

Foto: Kumparan

10. Jangan kongsi sudu dan garfu ketika menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu bapa tidak bersih, maka bakteria daripada mulut ibu bapa akan berjangkit ke mulut anak.

11. Jalani pemeriksaan di klinik gigi setiap 6 bulan.

gigi anak rosak

Foto: Foxnews.com

Sumber: Facebook Azila Dentist dan Facebook Dr Muhamad Iqbal Rosali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

Featured Thu, 28 Jul 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Terbaik Berani Buat Stunt Sendiri!”- Uqasha Senrose Terjun Laut Tanpa Guna Stuntman Buat Ramai Tergamam!

Wowww!! Power lahh, bukan senang ya nak terjun laut dengan ombak kuat tu. Fuhhhh hebattt Uqasha tak nak pakai stuntman

Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Jom Picnic Bersama Keluar Di Taman Metropolitan Kepong, Boleh Main Layang-Layang!

Permainan layang-layang, mengajar anda tentang angin dan stabiliti.

Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Fri, 14 Feb 2025

Fikry Ibrahim Perjelas Dakwaan Dipaksa Berkahwin, Ada Sebab Tak Hebah Perkahwinan – “Saya Banyak Fikir, Jadi Suami Tanggungjawab Besar”

“Ini bukan saya buat drama TV3. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir”- Fikry Ibrahim.

Featured Wed, 11 May 2022
Featured Mon, 18 Mar 2024
Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

error: Content is protected !!