Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 13, 2023 @ 9:24pm

Syamel Kongsi Keadaan Terkini Bapa – “Alhamdulillah, Ayah Kuat Semangat”

Penyanyi, Syamel berkongsi keadaan terkini bapanya, Mohd Fodzly yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Pelantun lagu Kau Pun Sama menerusi sebuah hantaran video di Instagram Story miliknya meluahkan kata syukur atas kondisi bapanya yang semakin baik.

“Alhamdulillah keadaan ayah saya dari hari pertama sehingga ke hari ini ada banyak progres. Doktor ada beritahu saya semangat ayah sangat kuat, meskipun masih lagi menunggu progres yang lagi banyak.

“Tetapi setakat hari ini Alhamdulillah menunjukkan progres yang sangat-sangat baik,” katanya.

Di kesempatan itu, suami kepada penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas jasa mereka mendoakan kesembuhan bapanya.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang tak putus-putus mendoakan bapa saya.

“Dekat direct message (dm) banyak sangat masuk doa-doa kalian semua. Saya sangat terharu.. semoga Allah SWT membalikkan doa kalian kepada anda semua,” katanya.

Sekadar info, Syamel kehilangan ibu tercintanya, Wan Faaizah pada Ogos tahun lalu setelah hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Artikel Berkaitan: “Allah Lebih Sayangkan Umi” -Syamel Reda Pemergian Ibu Tersayang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019
Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘ Tak Ada Doa Dan Usaha, Memang Single Ke Sudah Jawabnya’, Baim Wong Kongsi Tips Buat Si Bujang

Baim memang terkenal dengan gelaran Presiden Lelaki Jomblo (Lelaki Bujang) sebelum ini kerana sudah lama keseorangan sedangkan rakan seusianya sudah berpasangan. Amboi Baim… lepasni boleh beri tips rumah tangga pula ya!

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Dah Terlalu Seksi, Giliran Zizi Kirana Pula Jadi Topik Hangat Netizen

Ramai peminat kecewa dengan imej seksi Zizi tetapi penyanyi itu memaklumkan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.

Trending Fri, 16 May 2025
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Trending Wed, 27 Apr 2022
error: Content is protected !!