Trending By: Padin May 16, 2025 @ 5:38pm

Isu Infaq & Fitnah, Dua Usahawan Wanita Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pempengaruh TikTok Anarchy Sky

Dua usahawan dan pempengaruh TikTok, Rogayah Hanipah dan Norzaida Hadis mengemukakan saman terhadap pempengaruh TikTok Anarchy7Sky7 (Sky) atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Sulaiman.

Rogayah atau mesra dengan panggilan Madam Gee Luv di TikTok mendakwa Sky tidak telus dalam menyalurkan sumbangan yang telah diberikan pada Ramadan lalu.

“Saya memberikan sumbangan wang untuk tujuan infaq kepada Sky sejak Disember tahun lalu sehingga Mac lepas. Saya difahamkan sumbangan itu akan disalurkan kepada orang kurang upaya (OKU) pada Ramadan tahun ini dalam program amal.

“Namun, pada Ramadan lepas, saya ada bertanyakan kepada pekerja Sky mengenai wang infaq itu kerana nama saya tidak tersenarai sebagai penyumbang dalam program amal yang dia adakan.

“Kemudian, saya bertanyakan kepada Sky resit sumbangan yang saya sudah berikan namun dia memarahi saya. Isu mula tercetus apabila dia menuduh saya sebagai pengkhianat dan mahu menikamnya dari belakang kerana tidak berpuas hati saya bertanya mengenai resit sumbangan,” dakwanya.

Dakwa Madam Gee yang mengusahakan bisnes Butterluv Abaya lagi, Sky mula memburukkan dirinya di sesi siaran langsung platform terbabit.

“Dia maki saya dengan pelbagai kata cacian dan hinaan. Disebabkan oleh isu terbabit, kesihatan saya terganggu sehingga saya tak boleh tidur malam selama dua minggu. Saya alami kemurungan yang teruk dan mendapatkan rawatan pakar. Ia memberi kesan negatif terhadap bisnes saya serta nama baik saya sebagai pempengaruh di TikTok.

“Sebelum ini, saya telah meminta peguam saya menghantarkan notis tuntutan (letter of demand – LOD) secara serahan tangan kelmarin, 14 Mei. Saya menuntut dia memohon maaf kepada saya.

“Namun begitu, selepas dia menerima notis terbabit, Sky membuat sesi siaran langsung di TikTok dan mengatakan dia enggan memohon maaf dan mencabar saya untuk meneruskan saman,” dakwanya yang telah menyalurkan lebih kurang RM4,000 kepada Sky.

Dalam kes kedua yang melibatkan Norzaida atau lebih dikenali sebagai Anne Aqish di TikTok, usahawan A&A Car Rental Senawang itu turut menyumbang wang infaq untuk diberikan kepada OKU pada program yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ramadan lepas.

“Saya mengenali Sky di TikTok. Saya difahamkan, untuk menjadi ahli Sky Kingdom yang ditubuhkan oleh Sky, saya kena membeli baju T yang dijual. Jadi, saya membeli tiga helai baju terbabit.

“Selepas itu, saya dimasukkan dalam grup WhatsApp Sky Kingdom. Tiba-tiba, saya dilantik sebagai ‘admin’ grup terbabit. Saya terkejut kerana saya cuma ahli biasa. Saya tak mahu terlibat sebagai ‘admin’ dan mahu mengundurkan diri. Jadi, secara saya senyap-senyap keluar grup terbabit,

“Tiba-tiba, dalam sesi siaran langsung di TikTok, dia menuduh saya sebagai pengkhianat. Dia mendakwa saya berkomplot dengan Madam Gee untuk menjatuhkan dirinya. Dia terus memburukkan saya dan ia memburukkan nama saya sebagai usahawan dan pempengaruh di TikTok.

“Sama seperti Madan Gee, saya menyerahkan LOD kepada Sky. Namun, saya menerima nasib sama seperti Madam Gee mengatakan dia enggan memohon maaf dan mahu mencabar saya untuk meneruskan saman,” dakwanya.

Dalam pada itu, Madam Gee sudah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan Anne pula membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Madam Gee dan Anne diwakili oleh Risma Yurini Rizrul dan Arieff Zackry Zohary dari firma guaman Zati Khairiah & Partners.

“Pihak kami ingin membersihkan nama Madam Gee dan Anne yang telah dijejaskan oleh Sky. Imej serta pernigaan anak guam kami terjejas kerana fitnah yang dilemparkan oleh Sky.

“Disebabkan LOD yang dihantar kelmarin tidak mendapat respons yang baik serta Sky mencabar anak guam kami, proses tuntutan saman bakal dimulakan tidak lama lagi,” kata Risma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Feb 2018

日本地勤细心双手搬行李 网友惊:比自己拿还要好!

很多人搭飞机都担心托运行李会被航空公司职员「甩来甩去」,日前有网友上伕传了一段拍到日本全日空(ANA)地勤职员在停机坪小心翼翼地搬运每件行李,再温柔地一件一件整齐排列在行李车上,发文者还写说「比你对自己的行李还要好」。

Featured Sat, 15 Apr 2023

Lisa Surihani Tak Sangka Iklan Ala Istanbul Aku Datang Versi 2.0 Viral -“Terkejut Juga! Masa Tu Saya Kat Madinah”

Pelakon dan pengacara jelita, Datin Lisa Surihani, 37, bersyukur  dan tidak menyangka iklan produk makanan bersama pelakon Beto Kusyairy yang tular baru-baru ini menerima maklum balas yang positif dalam kalangan peminat. Menurut Lisa, dia terkejut […]

Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Kes Mahkamah Wed, 27 Dec 2023

Tuntut Ganti Rugi Sebanyak RM5 Juta, Ustaz Ahmad Husam Saman Fitnah Terhadap 4 Individu

Empat individu yang difailkan saman fitnah ialah pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Muhammad Mukhlis Maghribi, 36, dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, 56.

Manakala, dua lagi individu ialah Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 24, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazli, 29, yang dituduh bersekongkol memfitnah pendakwah tersebut.

Trending Fri, 5 Aug 2022
error: Content is protected !!