Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 12, 2024 @ 2:14am

“Setiap Luka Mempunyai Kesempatan Untuk Diubati” – Sempena Syawal, Marissa Bawa Aslam Jumpa Famili… Abby Abadi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Menantu

Pelakon Abby Abadi berkongsi momen keluarga besarnya berkumpul bersama, termasuk anak perempuannya, Marissa Dania bersama suami, Aslam.

Berkumpul meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri dan menyambut hari lahir anak angkatnya, Maira Darda Farisa, Abby memuat naik video pertemuan bersama Marissa yang membawa Aslam bertemu keluarga di laman sosial Instagram miliknya.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” tulis Abby di ruangan kapsyen.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut oleh bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza.

Mereka kemudian datang bertemu Abby lalu Marissa datang bersalaman dan memeluk erat ibunya.

Kemudian, Abby bersalaman dengan menantunya, Aslam.

Di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur melihat kemesraan keluarga ini.

Perkongsian Abby turut menuai pelbagai pujian serta warganet turut menitipkan doa agar keluarga besar mereka kekal bahagia.

Untuk rekod, Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby dan Norman telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam pada 27 Disember tahun lalu.

Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya, Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Mar 2025

Farid Kamil Serah Hak Jagaan Dua Anak Sepenuhnya Pada Diana Danielle

Menurut Farid usai prosiding kes cerainya sebentar tadi, dia menyerahkan hak jagaan dua anaknya kepada bekas isterinya.

Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Featured Fri, 3 Oct 2025

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di International Drama Awards 2025

Anna Jobling julang nama Malaysia di majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025

Trending Sun, 24 Sep 2023
Featured Thu, 27 Jan 2022
Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Ameera Khan Akui Dah Lama Move On, Jawab Gosip Mengenai ‘Gewe’ Baharu

Adik kepada selebriti Noor Neelofa ini turut menjawab dakwaan kononnya dia sudah mempunyai kekasih baharu

error: Content is protected !!