Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 23, 2022 @ 8:48pm

Fit For Action: Dulu MMA Kini Lakon Layar, Lisa Tonjol Bakat!

Dari seorang atlet MMA (Mixed Martial Art) ke pelakon, Lisa (Erne Marina Ainalisa Mohd Noer) sanggup mengambil risiko dan beralih arah 360 darjah untuk menjadi seorang pelakon sebagaimana keinginan ayahnya. Lisa memilih untuk menjadi seorang pelakon aksi yang versatil sesuai dengan karakter lasaknya.

Sebelum memasuki Fit For Action, Lisa merupakan seorang atlet MMA. Pernah memasuki pertandingan sukan bina badan di Singapura dan Indonesia sehingga memenangi Champion of Champion pada tahun 2017 dan 2019. Namun, kini Lisa beralih ke dunia lakonan atas permintaan bapanya.

Menurut Lisa, “Berlakon ini pada mulanya bukan impian saya, saya memasuki Fit For Action atas permintaan bapa saya yang ingin melihat saya sebagai seorang pelakon terutama dalam genre aksi. Alhamdulillah saya berjaya di pusingan uji bakat dan ke peringkat seterusnya, saya menganggap ini sebagai satu rezeki.”

“Saya suka menerokai untuk lebih mengetahui diri saya, selain daripada melakukan aktiviti lasak seperti menunggang motor, aktiviti paranormal dan fitness, berlakon bagi saya adalah sesuatu yang saya perlu cuba untuk mengenal diri saya lagi. Dengan mempunyai sedikit pengetahuan MMA saya ingin menjadi seorang pelakon aksi kerana pelakon aksi wanita di Malaysia sangat sedikit,” tambah Lisa.

Bagi Lisa, jika diberi peluang untuk melakonkan watak perempuan ayu, dia sanggup untuk menggalaskan tanggungjawab yang diberi oleh pengarah, kerana dia percaya mereka lebih tahu siapa yang sesuai dengan watak itu dan sudah menjadi keinginan seorang pelakon untuk menjadi pelakon yang verstail dan boleh melakukan pelbagai genre watak bukan sahaja aksi.

Bolehkah Lisa mengalahkan peserta lain dan menjadi juara Fit For Action? Jangan terlepas untuk menonton Fit For Action, pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Fit For Action ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon- layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip.

Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Orang Kata Saya Menyanyi Lagu Orang Gila

Sebenarnya, Upiak pernah menghasilkan 19 album disepanjang kariernya sejak berusia 13 tahun.

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Ude Mohon Bekas Isteri Henti Drama!

Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.

Filem Mon, 6 May 2024
Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Thu, 15 Nov 2018

’Maafkan Saya Uncle Zaibo, Terima Kasih Atas Segalanya’ -Wardina Saffiyah

Wardina dan Zaibo pernah berganding menerusi sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999- 2005.

Trending Tue, 5 Oct 2021
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Alahai sweet je kan 🥰 Syukurlah Shikin dapat Cat Farish sebagai suami.. seorang yang bertanggungjawab

Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

error: Content is protected !!