Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi May 6, 2024 @ 5:10pm

Adaptasi Dari Kisah Benar, A Mother’s Touch Temui Penonton 11 Mei Ini 

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang bakal tiba, satu tayangan istimewa filem ‘A Mother’s Touch’ bakal diadakan menerusi kerjasama antara Yayasan Jepun Kuala Lumpur, Media Prima dan Golden Screen Cinemas pada 11 Mei ini.

Bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, tayangan filem ini merupakan salah satu inisiatif oleh ‘The Weekend Japanese Film Show’.

Menariknya, ‘A Mother’s Touch’ merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar seorang profesor buta dan pekak pertama di dunia, Fukushima Satoshi bersama ibunya yang sentiasa menyokongnya.

Filem ini menggarapkan nilai kasih sayang seorang ibu dan semangat seorang lelaki yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran ketika usia muda.

Penemuan teknik berkomunikasi kaedah ‘Braille’ telah memberi sinar harapan baharu beliau untuk terus kuat dalam menempuh cabaran hidup yang dihadapinya.

a mother's touch

Tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ anjuran oleh Yayasan Jepun Kuala Lumpur dengan kerjasama Media Prima dan disokong oleh Golden Screen Cinemas ini akan melibatkan dua sesi tayangan pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang.

Malah ia juga terbuka kepada orang ramai menerusi tempahan tiket percuma.

Yuki Takafumi selaku penerbit dan penulis skrip Yokomaku Tomohiro juga akan tampil di tayangan istimewa ini untuk berinteraksi dengan penonton dalam sesi Soal Jawab selepas tayangan untuk berkongsi kisah filem ini secara lebih mendalam terutama dalam proses pembikinan filem ini. 

INFORMASI TAYANGAN
Tarikh: 11 Mei 2024 (Sabtu) 

Masa: 10:30 AM & 1:30 PM 

Lokasi: Hall 12, GSC Mid Valley, Kuala Lumpur 

Kemasukan/Tempahan: Kemasukan PERCUMA. Anda hanya perlu melakukan tempahan awal. (Tempahan tiket akan bermula pada 3 Mei 2024 jam 9:00 pagi)

TERHAD KEPADA 2 TEMPAHAN UNTUK SETIAP SEORANG. Tayangan akan ditayangkan dalam bahasa Jepun dengan sarikata bahasa Inggeris.

CARA TEMPAHAN
1. Pergi ke laman sesawang https://forms.gle/JH1qha92HyH3moCx7, atau imbas kod QR.

2. Isi borang dengan butiran anda, bilangan tiket dan pilih sesi tayangan.

3. Klik ‘submit’ untuk melengkapkan tempahan anda, dan salinan tempahan anda akan dihantar ke e-mel anda.

  

• Tempahan tiket akan bermula pada 3 Mei 2024 jam 9:00 pagi

• Sila nyatakan nama anda atau tunjukkan kepada kami helaian respons Google (daripada e-mel anda) di kaunter pendaftaran pada hari saringan sebagai bukti tempahan anda.

• Kaunter pendaftaran dibuka 30 minit sebelum setiap waktu tayangan.

  

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel ke [email protected] dengan tajuk e-mel “The Weekend Japanese Film Show”.

Selain itu, Media Prima turut menganjurkan peraduan pemberian tiket percuma ke tayangan istimewa ini. Untuk mengetahui cara menyertai peraduan ini dengan lebih lanjut, sila ikuti laman rasmi media sosial Tonton di Instagram.  

Bagi mereka yang tidak dapat sertai tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ ini, anda boleh menyaksikan filem ini bermula pada 12 Mei 2024 secara eksklusif dan HD melalui platform penstriman Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Tugasan Pertama Top 20 Bermula, Masing-Masing Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’

XTRA XSTAR 2025 semakin hangat! Undian peserta kegemaran anda sebelum 12 Oktober

Trending Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Konsert Bruno Mars Kongsi Tarikh Dengan PRU-14

Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Maria Farida Bukan Punca Pergaduhan Dengan Ibu, Anak Nourul Depp Jelaskan Isu Sebenar

Ayu dengan ibunya pun dah berbaik.. Korang doakan yang baik-baik ok!

Featured Sat, 30 Apr 2022

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Girls! Bercinta jangan sampai share hal peribadi macam ni… Ambil kisah Cik Jenny ni sebagai pengajaran dan hati-hati dengan sesiapa pun

error: Content is protected !!