Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2021 @ 1:31pm

“Dia Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh” – Komen Iqbal Menerusi IG Live DSV Undang Spekulasi

Konflik hubungan diantara usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum menemui jalan penyelesaian.

Mereka masih berbalas komen dan kenyataan menerusi platform media sosial masing-masing.

Terkini, kemunculan Iqbal menerusi sesi siaran langsung Instagram (IG Live) DSV ternyata mencuri perhatian apatah lagi ketika beliau meninggalkan komen mencurigakan.

“DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh. Sebab itu saya fikir untuk berkahwin.

“Kalian fikir sebab harta. Tapi DSV tak tunjukkan keseriusan,” tulisnya.

“Ah, sentuh apa pula dah…”

Ternyata perkataan ‘sentuh’ yang digunakan Iqbal menerusi komen yang ditinggalkan ketika sesi IG Live terbabit mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Malah, ada diantara mereka yang menegur ayat tersebut tidak sesuai digunakan kerana boleh mendatangkan persepsi yang berbeza dalam masyarakat.

Justeru itu, netizen menasihatkan agar DSV dan Iqbal ‘move on’ dalam hubungan cinta mereka yang tidak berkesudahan.

Keterlaluan! Sudah 2 minggu tidak berhubung

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Story milik Iqbal, beliau memaklumkan dia dan DSV sudah tidak berhubung sejak dua minggu lalu dan telahpun membatalkan tempahan hotel untuk majlis perkahwinan mereka.

 

“Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat. Saya dengannya sudah dua minggu tidak berhubung. Kasihan, tidak hanya saya dipermainkan malahan masyarakat juga jadi keliru,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya, tulis Rizalman…

Featured Sun, 17 Apr 2022
error: Content is protected !!