Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2023 @ 10:53am

Diana Danielle Ada Hak, Bayar Sewa Rumah Punca Farid Kamil Dihalang Jumpa Anak – Peguam

Selepas enggan mendedahkan punca sebenar kenapa pelakon dan pengarah, Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa anak-anaknya, Peguam yang mewakili aktrres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir akhirnya memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Menurut Akberdin, Diana Danielle atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 31, mempunyai hak menghalang suaminya dari memasuki kediaman mereka.

Ini kerana, anak guamnya telah menyewa kediaman tersebut dan mempunyai hak untuk membenarkan atau menghalang sesiapa sahaja dari memasuki rumah berkenaan.

“Hubungan mereka sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah untuk memfailkan perceraian pada 12 Mac lalu.

“Dan, rumah itu disewakan oleh anak guam (Diana Danielle) kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan atau tidak mmebenarkan sesiapa masuk bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Tambahnya, dia harus menjelaskan mengenai perkara ini susulan dakwaan kononnya aktor itu dihalang kembali bertemu dengan anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Mohon Cerai?

ARTIKEL BERKAITAN:“Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia” – Diana Danielle Buat Tuntutan Cerai, Ini Respons Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Dapat Jumpa Anak-Anak, Farid Kamil Dihalang Masuk Ke Rumah Sejak Awal Bulan?

Pada Isnin, berita mengenai konflik rumah tangga yang melanda pasangan sejoli ini mengejutkan ramai pihak selepas tular laporan mengenai tindakan Diana memfailkan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil atas alasan berlaku Shiqaq (perbalahan berpanjangan) dalam perkahwinan mereka.

Sekadar info, Diana akan diwakili oleh peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir dan melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala, Farid diwakili oleh Fakhrul Azman Abu Hassan.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

Luar Biasa! Jessc Dipilih Sebagai New Artists To Watch Oleh Rolling Stone

Kehadiran JessC sebagai wakil Asia buat pertama kali dalam ruangan tersebut menandakan betapa muzik rentas budaya semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Empat Suara, Satu Jiwa: Anuar, Ziana, Ernie & Syamel Bersatu Dalam ‘Jangan Henti’

Jangan Henti membawa mesej tentang kasih sayang, kekuatan dan semangat

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

周秀娜来马大方分享瘦身秘籍!

本地极具影响力微商企业日前推介高质量新品,邀来了香港性感女神Chrissie周秀娜作为特别嘉宾,为新产品美丽加持!

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Hiburan Mon, 25 Nov 2024
error: Content is protected !!