Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 1, 2023 @ 6:05pm

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Pelakon, Shikin Maembong berkongsi peristiwa manis bersama suaminya, Cat Farish yang secara terbuka mahu mengoratnya ketika awal perkenalan mereka di sebuah acara terletak di ibu kota.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shikin berkata pada ketika itu Cat meluahkan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih dekat namun adiknya, Ahmad Bakti Maembong memberi soalan cepumas kepadanya.

Kongsi Shikin, Ahmad bertanya kepada Cat sama ada dia sanggup untuk menerima kakaknya itu yang mempunyai seorang anak serta bertanggungjawab menjaganya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Masa Abang Cat Farish nak kenal saya dekat event Starvendors Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bulan puasa lepas, adik saya Ahmad Bakti Maembong ada cakap, ‘abang, kalau nak mengorat kakak saya kena Buy 1 Free 2 sebab kakak saya ada anak seorang dan jaga saya sekali.

“Ingatkan Abang Cat tak jadi mengorat masa tu.. Alhamdulillah, kami dah berkahwin dan Abang Cat tolong saya jaga Amad sekali sampai sekarang. Kami tinggal satu rumah, Terima kasih Abi,” tulisnya.

Sekadar info, Ahmad berdepan masalah polio (poliomyelitis) akibat jangkitan virus polio sehingga merosakkan sistem saraf pusat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Cat Farish dan isterinya seorang pasangan bagus kerana tidak mengabaikan bertanggungjawab menjaga adiknya yang sakit.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 200,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan 63 komen.

@shikin_maembong Masa abg @Cat Farish nak kenal saya kat @Starvendors klcc bulan puasa lepas, @Ahmad Bakti Maembong ade cakap, “abg kalau nak ngorat kakak saya, kene BUY 1 FREE 2 sebab kakak saya ada anak sorg & jaga saya sekali“ Ingatkan abg cat tak jadi ngorat time tu.. alhamdulillah, kami da kawin & abg cat tolong saya jaga amad sekali sampai skrg 😍 kami stay satu rmh.. Tq abi.. Oo ye @CEKOPIS.HQ da buka kat bangi, sape nak order bole ws atau dm saya k.. #hubbywifey #farishikin #shikinmaembong #catfarish #fyp #fypă‚· #fypシ゚viral #newlymarried #maembongfamily #catkin #kincat ♬ Speak Up – Is0kenny

Shikin dan Cat Farish selamat mendirikan rumah tangga pada 13 Julai lalu selepas tiga bulan menyulam cinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Japanese Scientists Find ‘Young Girls’ Scent’ and Plans to Make Perfume From It

It’s very refreshing apparently and smells like peaches.

Trending Tue, 6 May 2025

KSIA Perluas Empayar di Asia Tenggara Menerusi KamiSempoi Golden Award 2024, Perkenal Label Muzik Sendiri

KSIA bakal menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 pada 12 Mei ini di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur.

Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

Sentuhan Citarasa Mexico Dalam KFC Mad Mex Twister Baharu Yang Pasti Memukau Citarasa Anda!

KFC Mad Mex Twister pastinya membawa keterujaan apabila KFC Malaysia telah memperkenalkan kemeriahan citarasa Mexico kepada peminatnya

Featured Thu, 27 Apr 2023

Aiman Tino Sah Bergelar Suami, Cinta Berputik Selepas 4 Tahun Berkawan

Alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke Jannah 💗

Trending Wed, 10 Jan 2018

çą—çš„éŁŽæ°ŽçŠćżŒ ćƒäž‡ćˆ«æŠŠă€Œé„­çą—ă€ç»™äžąäș†ïŒ

çą—äœœäžșäž­ć›œäșșæ—„ćžžćż…éœ€çš„é„źéŁŸć™šć…·ïŒŒäžŽäž­ćŽäŒ ç»Ÿæ–‡ćŒ–ćŻ†äžćŻćˆ†ă€‚ćœšéŁŽæ°Žć­Šçš„è§’ćșŠæ„çœ‹ïŒŒçą—çš„éŁŽæ°Žä蟿˜ŻćŸˆèźČ究ćȘæœ‰æłšæ„èż™äș›éŁŽæ°ŽçŠćżŒçš„æœ‹ć‹ïŒŒæ‰èƒœćžŠæ„æ›Žć„œçš„èżćŠżïŒ

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang
 Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! đŸ„°â€ïž

TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,

error: Content is protected !!