Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2026 @ 2:17pm

Syifa Melvin Bidas Dakwaan Bukan Menantu Pilihan, Tegas Hubungan Dengan Mentua Baik Sejak Sebelum Kahwin

Pelakon, Syifa Melvin membidas kenyataan berbaur fitnah seorang individu yang mendakwa dirinya bukan menantu pilihan, sebaliknya mahu memilih wanita bergelar ustazah.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 32, menegaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan ibu mentuanya sebelum bergelar isteri kepada pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Safawi Rashid.

“Dah dua anak pun masih menyalak tak habis lagi. Walhal aku punya baik dengan mak mentua sebelum kahwin lagi, siap pergi Umrah sekali,” katanya.

Dalam masa sama, Syifa menitipkan pesanan kepada individu berkenaan untuk menjaga mulut dan tidak menyebarkan sebarang fitnah

“Jaga sikit mulut, kejap lagi makan cili. Aku baru sudah makan nasi dengan mak mentua aku.

“Esok datang rumah mak mentua, aku buat nasi dagang. Ada cili lebih aku nak cili mulut kau,” katanya.

Bagaimanapun, Syifa memilih untuk memaafkan individu berkenaan sempena dengan bulan mulia ini.

“Sembang kencang pokok boleh tumbang. Sempena Hari Arafah aku maafkan kau sebab fitnah. Kat padang mahsyar nanti tegurlah aku kalau selisih,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

李幸倪大哭自认在感情中过份理性

在香港乐坛一直努力耕耘的Gin李幸倪,日前推出《很坚强》打响2018年首炮!全新一年被赋予新称号「坚Lee」的她笑指,新称号有让她多了一份亲切感,似乎拉近了她与大家的距离。

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Fri, 24 May 2019
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci di atas kejayaan yang baru sahaja diraih…

error: Content is protected !!