Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 14, 2025 @ 9:15pm

Alhamdulillah, Selamat Bernikah! Sekali Lafaz, Fattah Amin Jadi Teman Serumah Amira Othman

Dengan sekali lafaz, pelakon popular, Fattah Amin, 35, selamat diijabkabulkan dengan penyanyi jelita, Amira Othman, 32.

Fattah dan Amira selamat dinikahkan oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tepat pada pukul 9.08 malam tadi di sebuah majlis indah yang diadakan di Golden Palm Tree, Sepang.

Sebagai mas kahwin, Amira menerima seutas gelang emas. Amira turut menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala Fattah membalas sebanyak lima dulang hantaran.

Pada majlis serba indah itu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin segak menggayakan baju Melayu rekaan Rizman Ruzaini.

Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman pula manis menyarungkan busana rekaan Teh Firdaus.

Selain keluarga, rakan selebriti turut hadir ke majlis perkahwinan Fattah dan Amira, antaranya ialah Bell Ngasri, Alvin Chong, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Qasrina Karim, Hawa Rizwana, Nabila Razali, Anzalna Nasir, Tasha Manshahar dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Ramai Tak Puas Hati Adira Suhaimi Berguru Dengan Andika Putera, Empunya Badan Tampil Bersuara!

Alamak ramai betul ek yang marah Adira berguru dengan Andika

Events Thu, 5 Sep 2019

AKB48 Team TP二期生招募!成员分享经验:做自己妆不要太浓

20年前签下Penny戴佩妮的「台湾天王天后幕后推手」陈子鸿,相隔多年再来马为AKB48 Team TP招募新成员,希望把有潜质的女生带到台湾受训和发展。

Trending Mon, 22 Nov 2021

“Kita Tak Boleh Jadi Pelakon Hebat Dalam Masa 7 Hari” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 59, berharap generasi pelapis dalam dunia hiburan mempunyai sikap menghormati ilmu untuk sekiranya mahu bergelar bintang seni yang mempunyai kualiti. Bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari […]

Featured Mon, 14 Oct 2024
Featured Sat, 28 Jun 2025

Malam Penuh Magis, Stacy Gegar SICC Dalam Konsert Solo Pertama di Sabah.. Tampil Dengan 10 Busana Berbeza

Lebih 3,000 peminat membanjiri dewan untuk konsert Aku Stacy di KK.

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
error: Content is protected !!